Bila Raya Menjelma ep.02

Sepetang sebelum masuk waktu berbuka puasa yang terakhir bagi bulan Ramadhan pada tahun ini, telefon sudah mula dihujani SMS ucapan Selamat Hari Raya dari kawan-kawan dan sahabat handai tak kira juga kawan-kawan blogger, kawan-kawan seperjuangan, rakan-rakan sekepala dan juga sedara mara sebagai tanpa ingatan tulus ikhlas mereka sempena kehadiran Hari Raya Aidil Fitri.

Pada zaman millenium ini, ramai juga berpendapat SMS adalah cara terbaik dan ringkas untuk menyatakan ingatan dan ucapan menyambut Hari Raya.

Bagi aku, penghargaan ucapan
ini amatlah bereerti tak kira samada secara kad raya atau SMS.

Ia adalah ucapan yang memberikan
seribu makna kegembiraan dan kehangatan serta ingatan kepada empunya diri. Terima kasih yang tak terhingga kepada pengirim Kad Raya dan juga SMS yang mengingati diri ini.

Shino said : Handphone kerap jemm bila tiba musim raya..


Labels: , ,