Bila Raya Menjelma ep.03

Pada malam sebelum Hari Raya, sudah menjadi kelaziman kepada anak muda, kanak-kanak dan orang dewasa dengan aktiviti bermain mercun dan bunga api. Pada pendapat aku yang daif ini, tiada seri nya jika tiada kedengaran bunyi mercun pada malam menyambut Aidil Fitri. Umpama lirik lagu ini " Bomm bomm bomm..bunyi mercun..bla bla "..

Walaupun amaran keras pihak kerajaan menangani isu mercun dan bunga api, tetapi tanpa kedengaran bunyi tersebut sudah pasti malam tersebut menjadi sepi. Namun begitu, kepada mereka dinasihatkan juga supaya berhati-hati dalam apa jua keadaan. Apapun, mercun dan sambutan Hari Raya sudah tidak dapat dipisahkan.

Dalam keghairahan menyambut Syawal, kita kadangkala menjadi leka dan alpa terhadap musibah yang mungkin akan berlaku. Kepada mereka yang bekerja jauh di perantauan, berhati-hatilah memandu kerana kelalaian anda mengundang seribu air mata. Biar lambat asalkan selamat dan pandulah dengan cermat. Itulah yang paling utama.

Di musim cuti perayaan ini, ramai yang mengambil cuti perayaan sehingga minggu hadapan. Maklumlah sambutan Hari Raya mahu juga disambut bersama sanak saudara dan yang jauh juga berpeluang pulang ke kampung kerana cuti perayaan yang panjang ini. Maka, manfaatkanlah cuti ini dan rancanglah perjalanan anda.

Shino said : Malam raya suasana macam perang dunia.

Labels: , ,