Bila Raya Menjelma ep.Akhir

Amalan ziarah menziarahi pasti memberikan sedikit sebanyak kenangan indah dan mengembalikan nostalgia persaudaraan bersama.

Maka, dengan ini aku menggunakan kesempatan pada Hari Raya kedua bagi mengunjungi sahabat dan kawan-kawan yang pulang dari perantauan.

Kehangatan hubungan pasti lebih dirasai dengan bersua mata yang dulunya hanya bertanyakan berita melalui kemudahan komunikasi.

Apa yang diperolehi daripada amalan kunjung mengunjung ini, ia juga menjana network dan hubungan serta suai kenal kepada kawan baru yang belum pernah dikenali sebelum ini. Hubungan ini pasti memberikan keeratan antara satu sama lain.

Tak lupa juga kepada mereka yang telah lama pergi meninggalkan kita. Bacaan surah yasin dan
menziarahi pusara sanak saudara dan membersihkan halaman pusara tercinta menjadi amalan baik yang masih diteruskan selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Semoga Allah mencurahkan rahmat dan berkat kepada arwah kedua belah nenek dan atuk ku tersayang.

Menziarahi pusara sebenarnya sedikit sebanyak memberikan ikhtibar kepada kita bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan ingatlah bahawa manusia dijadikan oleh tanah dan sudah pasti akan kembali kepada tanah. Oleh itu, perbanyakkanlah amal ibadat di dunia supaya ia menjadi bekalan kita di kemudian hari.

Shino said : Hanya iringan doa kepada mereka yang sudah tiada. Tradisi kunjung mengunjung pasti mengeratkan lagi silaturahim antara dua insan.

Labels: , ,