Cuci Sesuci

Baru aku sedar rupanya membasuh pakaian menggunakan mesin basuh sangat tidak berbaloi untuk baju-baju kegemaran. Lepas je basuh, baju tu dah jadi lain. Ada yang kedut-kedut macam dikulum lembu pedaging. Sangat renyuk dan buruk. Ada pula yang dah mcm longgar-longgar dan ada pula yang tercabut butang.

Walaupun begitu, aku sangat kagum dengan baju batik buatan Indonesia yang mana, apabila dicuci dengan mesin basuh, ia tetapi solid dan tak perlu digosok apabila ingin memakainya. Maka, aku sangat sukakan batik Indonesia oleh kerana kaedah penyelenggaraannya sangat mudah.

Kadang-kadang baju pun nampak sangat buruk selepas di cuci. Walaupun usia baju tu tak sampai 2 minggu dibeli. Pada mulanya aku ingat bila kurangkan cecair detergen semasa membasuh pakaian boleh mengurangkan kesan tersebut. Tetapi aku silap sebab benda yang sama juga berlaku.

Seingat aku, baju yang aku pakai takde lah kotor sangat. Bukan seperti iklan kanak-kanak bermain bola sepak di dalam hujan. Tetapi, oleh kerana itu sahaja cara paling senang dicuci maka menggunakan mesin basuh automatik menjadi kegemaran dalam mencuci pakaian. Biarpun pakaian tu hanya dipakai selama 4 jam.

Isunya disini, apakah cara terbaik untuk mencuci pakaian supaya ia kekal bersih dan fizikalnya tidak rosak? Berfikir sejenak.

Penyelesaian difikirkan ialah:
a) Hanya merendam dengan detergen selama beberapa jam, bilas dan jemur.
b) Hanya membasuh pakaian yang betul-betul susah disental dengan menggunakan khidmat mesin basuh.

Shino said : Dah jadi tabiat bila pakai sekali pastu masuk mesin.

Labels: , , ,