Kuih Ramadhan


Betul lah pendapat kawan aku ni, kalau beli kuih atau makanan jangan terlampau membazir. Beli makanan yang mampu makan je. Tapi bila dah lapar ni, tiba je pasar Ramadhan. Mula la nafsu nak membeli memuncak. Nak itu dan ini. Semua nak beli, semua nak telan. Plus aneka kuih muih yang bermusim seperti Jarum Mas dan Puteri Mandi sangat memukau khususnya di Kelantan. Terang seorang kawan yang tinggal di Panji.

Ini berlaku semasa seminggu pertama berpuasa. Sekarang keinginan tu dah kurang. Perut lak cepat rasa mual selepas berbuka. Masa tu, kuih dah tak laku. Maka, tersimpanlah ia dan terbengkalailah tanpa disentuh sehingga waktu sahur. Bila lupa nak makan, benda akan basi. Jadi terpaksalah dibuang padahal, plastik yang membungkus kuih itu langsung tak pernah dijamah. Jauh sekali untuk makan.

Aku rasa, ketahanan kuih-muih yang dibeli di pasar Ramadhan sangat tidak tahan jika disimpan lama. Jika terlupa untuk makan pada waktu malam, besok confirm akan basi. Kalau termakan dengan niat taknak membazir, maka terpaksalah beliau tersadai ditepi toilet bertemankan towel. Bak kata orang, macam tengah oncall dengan toilet. Boleh ke pakai istilah ni?

Oleh itu, sila beli makanan yang patut sahaja di pasar Ramadhan. Jangan terlebih belanja. Simpan duit untuk beli baju raya lagi berbaloi kot.

Labels: , , ,