Menu Lemak Panggang


Dalam masa menghabiskan sisa-sisa bulan Ramadhan yang bakal akan meninggalkan kita, aku banyak menghabiskan masa berbuka diluar dari tapau makanan untuk berbuka di rumah.

Petang semalam kami berkunjung lagi ke Pasar Ramadhan yang terbesar di jajahan Kota Bharu iaitu di perkarangan Stadium Sultan Ismail IV untuk mencari juadah bagi mengisi perut semasa berbuka.

Bila dah nak last puasa ni, selera dah makin kurang. Terasa pula ingin merasa makanan yang jarang didapati. Oleh kerana seorang sahabat dan juga housemate aku yang terlalu mengidam akan makanan seperti itu, pencarian kami selesai dengan membeli satu lauk yang dikenali sebagai "Lemak Panggang"

Dengan harga RM3.00 secucuk, hidangan tersebut telah siap dipanggang dan tersedia untuk santapan bersama nasi putih.

Lemak panggang ni sebenarnya adalah lemak dari lembu dan rasanya amat pure! Kalau makan memang rasa lembu. Kenyal-kenyal dan kalau tak biasa makan, memang takleh nak kunyah dan telan. Tapi aku bukanlah biasa juga makan benda cenggini.

Rasanya diet ni adalah racun kepada mereka yang kaki diet. Sila jangan mencuba. Cuba bayangkan seketul lemak panggang sebesar handphone Nokia dikunyah dan ditelan dengan bersemangat. Kalau anda bijak, berapa lama kah masa yang akan diambil oleh seseorang itu untuk menghilangkan lemak dibadan sebesar ibu jari? Itu lah kesannya.

Shino said : Nafsu makan memang takleh nak tahan.

Labels: , , ,