Peristiwa Memandu

KES 1
Kalau bawa kereta sangat bengang bila yang di depan tu asyik duk main break-break.
Padahal takde plak kereta kat depan. Bila memotong, memang tak syak lagi. Pemandunya ialah wanita atau anak gadis (Kes biasa ni, Ya ampun jangan marah ye huhu) . Steering lak sama tinggi dengan muka. Sabar jelah!

KES 2
Semasa memandu di satu jalan highway yang lurus dan lengang. Bila ada sahaja kereta yang bawak macam ular sawa, dan sangat slow dipandu. Bila dikenalpasti rupa-rupanya sepasang kekasih sedang bermadu asmara. Tengok macam ada dua orang. Tapi heran kenapa pula kepala si gadis ntah dimana. Barangkali sedang baring di depan steering pemandu. Nak pula tanya, apa yang mereka sedang buat tu?

KES 3
Pemanduan dijalan satu lorong. Pemandu didepan memandu sangat slow. Kelajuan
hanya dalam lingkungan 40 Kmh. Tangan pemandu di julurkan ke luar tingkap. Bila diamati melalui cermin sisi kereta beliau, rupa-rupanya beliau sedang membuat panggilan telefon. Sangat menganggu pemandu lain. Rasa nak horn je!

KES 4
Mengekori sebuah lori di jalan bandar dua lorong. Lori bermuatan berat mengambil
lorong memotong. Akibatnya, terpaksa mengikut kelajuan lori tersebut. Ish! mereka sangat menyusahkan dan membahayakan. Dahlah lori tu besar dan menghalang untuk kita tengok apa yang berada di depan. Kalau dibuatnya lori tu break mengejut. Memang kes naya ni.

KES 5
Seorang pemandu yang sangat ego, konon-konon aku sorang je yang ada kereta.
Dalam jalan kecil yang ramai orang lalulalang pun dia nak bawak laju-laju. Pada aku, mereka ni bukanlah hebat tapi macam orang bodoh saja!

KES 6
Pemandu kereta membunyikan horn semasa aku ingin keluar parking. Dengan niat
kononnya nak suruh aku cepat-cepat keluar parking. Geram dengan tindakan beliau, aku masuk parking balik dan duduk dalam kereta lama-lama sambil dengar lagu. Lantak lah beliau!

KES 7
Semasa mengekori sebuah kereta, pemandu kereta tersebut menyalakan signal tanda ingin membelok ke kiri. Bila aku dah ambil side ke kanan, dengan tak semena-mena beliau memasuki cabang sebelah kanan. Nasib aku tak langgar je. Geram betul!

Shino said : Inikah dikatakan pemandu berhemat??!

Labels: , , ,