Bila Raya Menjelma ep.01

Setelah masuk waktu berbuka puasa pada Sabtu 19hb September 2009. Maka, berakhir sudah bulan Ramadhan. Dengan erti kata lain, barakah Ramadhan dirindui dan kemeriahan Syawal dirai. Bulan penuh keberkatan dan yang pasti kita akan merindui bulan Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.


Burung belatuk dan burung kedidi,
Hinggap makan sambil berdiri,

Dari semalam asyik membeli,

Jangan sampai tergadai bodi.


Pergi ke kedai membeli kari,
Bungkus bersama ikan tenggiri,

Puasa tinggal hanya sehari,

Kini tiba pula Aidil fitri.




Maka, bersyukurlah kita selaku umat Islam di negara yang aman merdeka dapat merayakan hari Raya Aidil Fitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sambutlah Hari Raya dengan berpakaian cantik berseri-seri dan bermaaf-maafanlah kamu antara satu sama lain dan jadikanlah amalan maaf memaafan antara satu sama lain seperti baju yang dipakai dibadan kamu sendiri. Amalan ini eloklah diteruskan bukan sahaja di bulan Syawal tetapi pada bulan-bulan seterusnya.

Allahu Akbar..Allahu Akbar.. Allahu Akbar... Walillah Ilham..

Bagi yang sudah dewasa, elok juga menunaikan ibadat zakat fitrah sebelum menyambut Hari Raya. Lebih afdal jika kita sendiri menunaikan zakat fitrah tersebut. Maka, syukurlah dapat aku tunaikan ibadat zakat tersebut sebelum menjelang bulan Syawal.

Akhir kata, ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan blogger yang mengenali diri ini.

Bergembiralah bersama keluarga di musim cuti perayaan ini dan jagalah diri sebaik
mungkin.

Shino said :
"poommm pommm .. tepi-tepi kenderaan berat nak lalu..nak hantar kontena ucapan khas Selamat Hari Raya Aidil Fitri"


Labels: , ,