Salah Masuk

Jam 9 malam semalam aku berkunjung ke rumah seorang kawan. Niat nak gi ambik barang. Sampai saja di depan kawasan perumahan di depan rumah beliau, aku cuba menghubungi kawan aku untuk memberitahu bahawa aku sudah sampai di tempat beliau.

Tiba-tiba dengan selambanya seorang gadis sunti berumur lebih kurang 20-an membuka pintu kereta. Beliau dengan rasa sangat confiden nya duduk di seat sebelah aku dan mula menutup pintu kereta.

Bila dia memandang ke arah pemandu, dia tergamam. Aku pun sama. Lepas tu, dia meminta maaf dan menerangkan bahawa beliau tersalah naik kereta. Padahal, kereta kawan beliau di belakang kereta aku. Difahamkan lagi, kata beliau ini merupakan first date. Jadi dia sangat keliru kerana berjanji di tempat yang sama.

Gadis sunti yang tersipu-sipu malu itu, dengan pantas memasuki kereta di belakang aku.

Labels: , , ,