Ceritaku Duniaku EP07: Angkara Siapa?

Kelas 1 Melati tiba-tiba terganggu bila bau busuk dan tengit menusuk hidung. Masa tu, bau tu amat hampir dengan aku. Aku buat donno, manatau kot-kot bau sampah dalam tong sampah tepi kelas yang buat bau tu.

Cikgu Hamzah yang leka menulis laporan murid tiba-tiba muncung dan hidung beliau bergerak-gerak. Barangkali beliau juga terbau sesuatu dan ia menganggu beliau yang asyik menulis laporan tadi.

Maka, dengan nada yang bersangka sesuatu, beliau memandang tepat pada muka aku. Cuak je cara dia tengok. Tajam semacam je. Seorang budak yang dari tadi asyik duk mengira angka seakan tak menyedari perkara tersebut.

Aku jadi gugup seketika. Tiba-tiba bau tersebut semakin kuat dan pekat hingga aku pun mula tak senang duduk dan bau tersebut membuatkan cikgu Hamzah yang duduk berhadapan dengan meja murid mula naik rimas dan mengesyaki sesuatu.

"Haihh.. bau ape nih?? Ada siapa antara kamu yang berak dalam kelas ni??"

Aku tergamam. Memang aku dah agak, bau tu memang sebijik tak tumpah seperti bau najis manusia. Dalam hati terfikir gak. Angkara siapakah ini?

Semasa cikgu Hamzah bertanya dengan nada tinggi. Suasana kelas jadi sunyi sepi dan masing-masing berkerut dahi dan cuba menghidu bau tersebut. Berang dengan anak murid beliau yang tak mahu mengaku, beliau bertanya lagi dengan nada lagi tinggi.

"Cepat..siapa yang berak dalam kelas sila ke tandas segera!!"
Suasana kelas sunyi sekejap. Tiada siapa yang mengaku akan perbuatan tersebut.

"Okay, kalau kamu semua taknak mengaku, semua murid sila berdiri!!"
Ujar beliau yang cuba ingin mencungkil angkara makhluk mana sebenarnya.

Maka, semua murid 1 Melati pun berdiri. Budak sebelah aku tu macam sibuk je mengira angkara, maklumlah tengah buat latih tubi Math. Dia seakan tak mahu bangun. Khusuk gamaknya.

"Kamu yang hujung tu, kamu kah yang berak dalam kelas ni?"
Budak tersebut menekup muka dan menangis dengan tiba-tiba. Barangkali sudah terlanjur berbuat salah.

"Kamu ni.. kalau nak berak sila angkat tangan bagitau lah cikgu, nak pergi tandas, jangan duk peram camtu..haih..apelah kamu nihh!"
Marah beliau.

"Baiklah. pengawas, tolong bawa budak ni ke toilet."
Beliau mengarahkan seorang pengawas dalam kelas 1 Melati.

"Hah kamu, sila ambil kerusi kawan kamu tu letak di luar kelas, jemur."
Beliau menunjuk aku. Memang malang betul nasib aku time tu. Budak-budak lain semua gelak-gelak macam monyet. Apalah nasib badan.

Bila selesai kelas, ketua darjah bersama-sama mengambil pasir di dalam baldi pasir merah berlabel "API" untuk dituangkan di atas kerusi yang ada kesan najis tersebut. Apalah punya idea ketua darjah aku time tu.

Akhirnya selesai juga misi menyelamat itu. Inilah satu-satunya kenangan yang aku ingat semasa darjah 1. Masih kekal dalam kenangan hingga kini.

Shino Said : Lebih baik mengaku dari diperakukan.

Labels: , , ,