Eksperimen Kulit Wajah

Bila ditanya : "Kau cuci muka pakai apa?"

Jawapan : "Aku pakai sabun mandi je, takpun shower gel"

Seyes, aku tak pakai pencuci muka sejak sekolah menengah lagi. Pernah try sekali, tapi bila try, muka mula naik jerawat. So, rasanya produk tu tak perlu untuk aku.

Namun, setiap orang inginkan wajah yang cerah, putih dan licin. Maka, tidak hairanlah mereka kadangkala mencuba pelbagai jenis produk untuk mencapai impian memiliki kulit wajah yang cantik.

Mari kita kongsi pengalaman seorang kawan menggunakan enam (6) jenis produk terpilih iaitu RZAC, OLAY, Sendayu Tinggi, Safi Balkis, Garnier dan Eumora Soap dengan ini sedikit sebanyak dapat dikongsi kepada semua. Namun, ia kadangkala tidak begitu tepat. Barangkali disebabkan oleh keadaan kulit wajah sangat berbeza mengikut jenis dan kesan produk ini kadangkala juga berbeza mengikut kulit. Kata beliau.

Beliau menggunakan 1 set lengkap setiap produk tersebut dan telahpun menuruti segala aturcara penggunaan setiap produk tersebut.
Berikut disenaraikan mengikut ranking keberkesanan keseluruhan produk.

Paling banyak bintang, paling disyorkan ******

RZAC Cosmetic ****
Tapi ia bermasalah kepada kulit yang alergic kepada cahaya matahari terik. Berlaku kepada sesetengah kulit wajah yang sensitif. Tetapi, Jika mereka yang ingin mencuba seriously ia amat berkesan untuk mencerahkan kulit dan memutihkan wajah. Kesan bermula bila kulit muka mula mengelupas pada dua (2) minggu pertama (bergantung pada jenis kulit). Produk ini bertindak menghakis kulit dan tidak disyorkan kepada jenis kulit tertentu.

Sendayu Tinggi **
Sesuai bagi mereka yang sabar dan tekun untuk mencapai kecantikan wajah. Kesannya tidak menyebabkan kulit mengelupas. Biasanya kesannya akan berlaku selepas satu (1) bulan atau lebih. Kalau tak sabar, sila gunakan produk lain.

Olay Total Effect *****
Sangat sesuai bagi pengguna mereka yang berumur 25 tahun dan ke atas. Kesan pencerahan kulit sangat berkesan disamping mengurangkan kedut muka dan bintik hitam. Produk ini terbukti berkesan dan telah ramai yang mencubanya dan memperolehi kesan wajah menjadi cerah dan putih. Disyorkan kepada mereka berwajah gelap untuk kelihatan cerah.

Safi Balkis ***
Produk ini memberikan kesan paling baik kepada pengguna diperingkat remaja. Ia dapat menghilangkan bintik-bintik hitam wajah. Namun, kesan kepada jerawat sebanyak 3/5 bintang.

Garnier *
Produk ini tidak memberikan kesan secara langsung. Penggunaan produk ini memberikan kesan merebaknya jerawat pada sesetengah kulit.

Eumora Soap ******
Produk adalah berbentuk sabun 3 dalam 1 (3 in 1). Kesannya sangat cepat sehingga boleh dilihat selepas membasuh muka. Juga memberikan kesan pengelupasan kepada kulit. Namun, pengelupasan adalah tertumpu pada parut tertentu.

Shino Said : Anak itik, anak ayam. Makin putih makin sayang. Hehehe
kredit untuk
aVissaWella86
pic : YUi

Labels: , , ,