Hukuman Buat Penceroboh

Serangan pertama cik siti berjaya ditumpaskan. Dan akhir cik siti tewas pada misi pertama menceroboh pondok baru aku. Setelah dikenalpasti askar ini adalah dari golongan Mukus (jenis yang ada muncung tirus). Suspek mati ditempat kejadian. Bau dia macam bau minyak diesel.

Bersenjatakan parang, tetakan pertama terus mengundang seribu bencana kepada askar elit musuh. Akhirnya, peristiwa berdarah ini pasti memberi amaran keras kepada askar-askar cik siti yang lain.
Sila jangan cuba menceroboh rumah aku. Nahas kau nanti!

Pada malam itu, kedengaran suara-suara sumbang diluar rumah. Sudah pasti askar-askar lain cuba untuk revange!. Besok nampaknya kena pergi cari perangkap tikus. Senjata harus disiapkan segera.

Shino Said : Sila jangan cuba menceroboh!

Labels: , , , ,