Kos Tetap

Kadangkala kita tak sedar. Dalam urusan perkahwinan lelaki paling banyak beban kewangan. Nak kena fikir pasal hantaran kahwin dan lain-lain.

If pihak perempuan tetapkan RM18 ribu. Itu dah jadi kos secara tetap yang perlu disediakan secara sekaligus. Tiada kredit EON atau EZY payment atau installment ke atas pembiayaan itu. Lainlah if anda layak meminjam kepada korperasi atau bank.

Ia belum termasuk kos barang-barang seperti cincin, gelang dan lain-lain. Semua tu bernilai paling kurang RM5 ribu. Takkan nak beli yang murah sahaja. Nampak sangat anda ni seperti sangat low profile. Itu pandangan masyarakat sekitar. Itu belum termasuk kos majlis dan sebagainya. Jadi, tak salah if lelaki akan merungut pasal hantaran.

Kata perempuan, kahwin kan sekali seumur hidup. Mereka nak buat yang paling meriah dan besar-besaran. Tapi semua itu perlu mengikut kemampuan bukan nafsu semata-mata.

Bila dah berumah tangga. Tanggungjawab nafkah perlu diberi lagi. Semuanya perlukan duit. Tak boleh nak elak. Jadi kenalah kerja keras if nak kahwin ni. Kena cari duit banyak-banyak. Bersediakah anda?

Shino Said : Sila bersedia ke atas segalanya.

Labels: , , ,