Lima Hari di Pulau Mutiara


(Padang Kota Lama waktu petang)

Akhirnya cukup juga lima (5) hari aku berkursus. Pulau Mutiara menjadi pilihan dan teratak mewah 4 bintang (Cititel Hotel) menjadi tempat berteduh semasa berada disana.

Kalau berkunjung disana tak lupa aku untuk merasai jeruk buah, pasembur dan juga nasi kandar mamak yang memang menjadi kebanggaan mereka. Kedudukan tempat menginap di Hotel Cititel tersebut sangat strategik disamping deretan kedai makan yang banyak dan ini amat memudahkan mereka yang ingin bersantai pada lewat malam. Lagi tengah malam, lagi meriah jadinya.
























Apa yang paling menarik ialah misi mencari DVD haram. Jika dibandingkan dengan Kota Bharu, harganya diibaratkan seperti langit dengan bumi. So, no wonder lah aku habiskan RM70 untuk mendapatkan koleksi DVD haram yang sangat berkualiti dengan harga RM4 sekeping.

Selain itu, tak sah kalau ke sana dan tak berkunjung ke Batu Feringhi. Pasar malam disana sa
ngat meriah. Walaupun di Wakaf Che Yeh pun ada pasar malam yang sangat besar, namun dari segi barangan yang juga dijual sangat berbeza. Apa yang pasti tepat pada jam 12.00 mlm, para penjual pasar malam sudah mula mengemas barangan mereka.






Apa yang pasti hanya tiga (3) benda yang aku ingat tentang Pulau Mutiara:

1. Kedai mamak dan Nasi kandar
2. Jeruk buah pala dan Pasembur
3. Pasar Malam dan DVD haram

hehehe sekian.








Shino Said : Terima kasih daun keladi, ada masa berkunjung lagi.

Labels: , , ,