Mereka Yang...

Pada ketika ini setiap waktu ada sahaja suara hati gadis berbisik.
"Bila agaknya aku akan jumpa lelaki aku yang sanggup menyayangi aku hingga akhir hayat"

Pada ketika ini juga, ada pasangan kekasih yang bergaduh dan bermasam muka.
"Aku bencikan kau sebab kau tak setia. Kau curang!"

Pada ketika ini juga seorang jejaka berbisik di dalam hati.
"Macam mana agaknya gambaran future wife aku nanti"

Sebenarnya, ramai je dalam dunia ni jejaka-jejaka yang baik dan masih single. Dan ramai juga gadis-gadis yang mengharapkan cinta yang setia. Cuma ia akan datang bila kena pada tempat dan masanya.

Oleh itu, setiap masa, setiap detik adalah peluang untuk menonjolkan diri. Tunjukkan bahawa diri ini adalah wujud.

Kata orang kalau dah jodoh takkan kemana. Dan takkan lari gunung dikejar. Tetapi tanpa usaha dan doa, mane lah dapat hasilnya kelak.

Kalau tanam padi sudah pasti ia akan mengeluarkan hasil tetapi padi yang lebat tangkalnya adalah daripada pembajaan yang baik. Oleh itu, setiap hubungan yang diberikan haruslah dibaja dengan kasih sayang dan cinta.

Manakala, bunga bukan sekuntum, dan kumbang pula bukan seekor. Kalau kumbang itu adalah tebuan maka pincang juga hasilnya. Bunga rosak dek durjana sang tebuan.

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau dah hati berkata sudi, gagahkan langkah beranikan diri. Tanpa usaha mimpi takkan menjadi kenyataan.

Shino Said : Madah bermadah

Labels: , , ,