
Bermula 1hb Oktober 2009, aku mula pindah rumah. Bukan sebab dihalau ke apa. Tetapi keadaan yang tak megizinkan kami duduk bersama. Maklumlah, housemate dah mula bina "masjid" dan selamat diijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri yang sah pada Hari Raya ke 4 lepas. Alhamdulillah dan syukur kerana telahpun berjaya melangkah ke alam rumah tangga. Salah satu misi setiap orang yang bergelar manusia. Tahniah kepada beliau.
Maka dengan itu, aku mula stay secara sendiri di rumah tak jauh di kawasan lama aku menginap dulu. Rumah teres dua tingkat menjadi pilihan kerana sewanya yang berpatutan dan area kawasan sekitar yang banyak kemudahan seperti shopping mall dan lain-lain. Yang penting kedai makan. Sebab aku tak masak.
Pengalaman pindah rumah ni bukan asing bagi aku kerana pernah juga berpindah semasa berkhidmat di Johor Bharu pada tahun 2004. Masuk 1hb Jun 2008, aku dipindahkan ke Kota Bharu, Kelantan. Tapi, pada masa sekarang ni, barang-barang peribadi sangat banyak berbanding dulu. Sungguh tak sangka, hampir 80% barang-barang di rumah lama adalah kepunyaan aku. Aku sendiri pun heran. Sure terkejut beruk dia bila pulang dari berbulan madu, rumah dah kosong bak kena samun dek penyamun handalan.
 Kamen Rider Kabuto
Kamen Rider Kabuto
Shino Said : Home alone!
 Labels: home, oktober, pindah, rumah