Soalan Tentang Hati

Masalah dan Isu:
"Suatu hari I happy sangat sebab Azhar cakap nak bawa parent dia pergi umah I dan
kenal-kenal dengan family I.

Lepas tu, Rina, kawan baik I yang kenalkan I dengan Azhar bagitau Azhar cuba mengurat
dia. Dulu masa mula-mula Azhar suka dekat Rina, Rina jual mahal dan taknak kat Azhar. Tetapi sejak I couple dengan Azhar, Rina mula layan-layan sms Azhar, call Azhar atas dasar Rina adalah orang tengah antara hubungan I dengan Azhar.

Tetapi setelah sekian lama, Azhar dah mula cakap dia sayang kat Rina, rindu kat Rina dan merancang nak kahwin dengan Rina dan sanggup tinggalkan I. Setelah lama terlanjur hubungan intim itu, Rina mula sedar dan rasa bersalah kerana Azhar memang dah ada I. Then, dia bagitau I semua yang berlaku.

Bila I dengar cerita dari Rina, I frust bagai nak gila dan nak mintak
putus dari Azhar. Bila Azhar tau, dia merayu-rayu kat I dan sanggup bersumpah atas nama Allah yang dia memang betul-betul sayang kat I. Malah dia sanggup sujud di kaki I kalau I terima dia balik. Apa patut I buat?"

Jawapan untuk Isu & Masalah :


Bagi I sendiri, jauh sekali untuk menangis sebab perempuan even my friend pun takde yang
buat benda gitu sampai sanggup bersumpah dan sujud di kaki perempuan (sangat melampau dan nampak juga macam provokasi). Pada pendapat I yang tak seberapa arif ni, Azhar tu sebenarnya saje nak test market dan just grab ape saje peluang yang ada depan mata (memang lumrah lelaki cam gitu. Sila jangan marah ok). Tapi kan pada hakikatnya, Azhar tu memang serious dengan U.

Walaupun begitu, takleh dinafikan juga dalam hati Azhar still ada rasa suke kat Rina sebab Rina
kan cinta pertama dia dan juga orang yang pertama dia suke (benda pasal hati ni memang takleh nak tipu). So, Azhar tak patut dipersalahkan atas sebab tu. Cuma cara penghayatan suke dia kat Rina tu lebih kepada "melayan" perasaan saje. Yang jadi isunya, ialah Rina tu syok sendiri dengan Azhar then bagitau U semua yang berlaku. I rasa Azhar tu memang sayang kat U sebab dia sanggup merayu kat U sampai camtu sekali.

Bagi I tak salah if U bagi dia peluang sebab U pun still sayang kat dia kan? Sebab yang sakit hati sekarang ialah U. Cuma sekarang after benda ni jadi, U boleh jual mahal la sikit. Then, dalam masa yang sama U boleh kontrol dia dan U boleh uji kesungguhan dia. Bukan semua lelaki akan melutut dengan perempuan kalau ada pun satu dalam sejuta. Percayalah cakap I ni. U kena pandai main tarik tali. Apepun semuanya terpulang pada U.

Buat masa sekarang I rasa better U slow sket dengan dia. Bukan bermakna U nak lepaskan dia, cuma masa tu U akan uji kesungguhan dia. Biar dia pula terhegeh-hegeh cari U. Then, U takde lah penat sangat nak monitor dia nanti.

Kalau nak SMS, biar dia start dulu. Then, if dia SMS U or call U, lambat-lambat U balas. Masa tu U akan nampak kesungguhan dia. Then, selepas tu baru U buat keputusan. If U nak kerat terus hubungan ni, I rasa U buat keputusan yang salah dan tak berfikir panjang.

If betul dia dah taknak U lagi, U jangan lah susah hati sebab lebih baik dia bukan dengan U sebab pasal hati memang takleh nak dipaksa. Anggap sahaja dia tu bukan jodoh U. Kalau nak paksa-paksa I rasa U sendiri pun takkan bahagia. Pejam mata and let him go okay? I think It's better for U dan maybe one day ada lagi lelaki yang lagi baik dari dia jadi teman U. Sila yakin ok.

Shino Said : Dah macam Doktor Love plak.. huhuhu

pic by flickr

Labels: , , , ,