Ada Dua

Che Kassim ada buka dua kedai makan. Di Wakaf Baru dan di Pasir Pekan. Kalau fikir-fikir, buat apa dia nak buka dua (2) kedai makan, padahal jarak antara dua (2) kedai tu bukanlah jauh sangat. Kalau nak berjalan pun, tak sempat nak berpeluh pun! Tapi kenapa dia buka dua (2) tempat?

Kalau buka dua (2) tempat kedai di Pasir Pekan, mungkin orang daerah Bachok, Pasir Putih dan Machang akan datang makan disitu dan kedai di Wakaf Bharu pula orang sebelah Pangkalan Kubur dan Tanah Merah akan pergi makan kat situ. Jadi ada dua (2) sumber akan masuk.

Sama lah juga dengan cari rezeki dengan bekerja makan gaji. ( makan gaji dan nasi oke)

Sekarang kita kerja makan gaji. Sampai pencen pun makan gaji. Itu tak jejas apa-apa. Kalau kita bekerja makan gaji dan buat part time berniaga, bukankah akan dapat dua (2) sumber rezeki dalam satu masa?

"Tapi..masalahnya ialah masa.."

Semua orang dalam dunia ni ada 24 jam sahaja dan takde siapa pun yang dapat 25 jam masa sehari. (cuma kedai mamak kat area Parit Raja, Batu Pahat je yang ada 25 jam)

Shino said : Makan nasi best juga time hujan-hujan ni..

Labels: , , ,