Aura

Hari ini aku dapat semangat baru. Semangat pejuang-pejuang seangkatan. Pesanan dan nasihat kawan-kawan menjadi asas untuk aku mengorak langkah. Sikit masa sahaja lagi. Cuma hanya tinggal tiga (3) langkah sahaja seumur hidup aku yang menjadi misi abadi. Tak sabar rasanya untuk selesaikan sekaligus. Namun, tanpa ilmu didada, goyah juga hasrat ini.

Oleh itu, aku perlukan ilmu untuk itu. Tanpa ilmu dan usaha yang berterusan tak kemana perginya. Hanya impian menjadi mimpi siang yang datang dikala kesunyian.

Kalaulah si buta yang cacat anggota boleh melihat dengan mata hati, inikah pula manusia sempurna zahir dan batin? Semuanya bermula dengan satu niat. Niat adalah perkara utama yang perlu ditanamkan. Tanpa niat, tiada lah perilaku.

Kesibukkan bersosial dengan rakan seperjuangan, sedikit sebanyak boleh melupakan segala dilema dan masalah yang melanda. Ada yang berpendapat langit dan bumi jauh bezanya. Namun, langit dan bumi boleh bersatu. Itulah lumrahnya.

Bila dikaji dengan teliti keesaan kejadian alam, kita dengan sendiri akan faham apakah sebenarnya kesan tersirat daripada kejadian langit dan bumi.

Dalam mengejar impian di dunia, kadangkala kita leka dengan perkara wajib yang dituntut. Ia juga perlu dilaksanakan dengan sempurna. Barulah berkat dunia akhirat.

Shino Said : Aku harus sedar.

Labels: , , ,