"Dibakar" Hidup-hidup

Aku sedang memasang impian untuk memiliki kereta mewah. Bila agaknya boleh pandu uji dan memiliki sendiri kereta mewah. Kalau nak harapkan bulan jatuh ke riba rasanya sampai kucing bertanduk pun aku takkan dapat miliki kereta mewah ini. Maklumlah gaji kerja sekarang membataskan aku untuk membeli kereta tersebut.


















Sejenak berfikir, kenapalah tokey cina dan orang lain lebih bernasib baik dapat memiliki benda tu. Satu petang sedang lepak bersembang dengan seorang berbangsa cina. Bukan Islam. Dia berniaga. Maka, drama ini bermula di kedai kopitiam.

Shino : Wah boss, ape macam bisness?? Banyak bagus kah u punya bisness..

Tokey Cina : Tak ada lah.. lu lagi kayaa oo.. bulan-bulan gaji masuk. Untung banyakk ooo.. cukup akhir bulan gerenti u punya masuk gaji RM2,000 - RM3,000. Wa talak untunggg oo.. tak tentu.. sebulan kadang-kadang RM10,000.. kadang-kadang RM30,000. Talak banyakk ahh.. Tak tentu.. ikut pasaran lah.. Sekalang itu ekonomi banyak tak baguss.. untuk sikit saja maa..

Shino : (Kelu)

Rasa terbakar je semangat aku. Maklumlah, sudah RM10,000 sebulan kira tak banyak cakap kau! Huih.. Tepat je tokey tu smash aku.. Sabo je lah.

Itu lah kalau bisness. Semua tau, 9 dari 10 rezeki dalam dunia ni datang dari perniagaan. Macam aku ni makan gaji je. Nak cakap tak cukup makan, takde sampai tahap tu. Tapi nak mewah tu macam lambat lah. Kebanyakkan yang kerja makan gaji ni, bila usia dah masuk 50 tahun baru lah dapat rasa. Masa tu aku dah tua kot.

Jadi apa yang aku rasa sekarang ialah aku perlu lakukan sesuatu. Sesuatu yang boleh merubah hidup aku sekarang. Oleh itu biarlah cita-cita setinggi langit, namun ia jatuh di awan yang rendah. Tanpa usaha dan keyakinan, mana lah mungkin mimpi akan jadi kenyataan.

Shino Said : Kerah tulang empat kerat.

pic by mudah.com

Labels: , , ,