Ingin Pulang

Bila skuad Kelate FA kalah, maka aku pun berangkatlah pulang dengan semangat seperti HELL. Rasa nak bakar pun ade baju merah ni. Bila tengok Kelantan main macam hampess, mula lah aku naik menyampah nak tengok LIGA M lagi. Baik layan EPL je. At least MU tetap di hati wa beb! Pepun tahniah buat skuad "Nogori sombilan" dengan teknik permainan yang agak memberangsangkan. Tutup citer pasal sukan bola tempatan.

Peristiwa bola buat aku open tiket masa nak pulang ke Kota Bharu. Jadi, bila tiket dah open, susah lak nak confirm flight. Maklumla, takut aku terkontang-kanting di KLIA sampai besok pagi. Haih buring amat.

Tapi alhamdulillah, akhir penerbangan aku confirm cek in waktu 6.00 petang. Kapal gerak jam 6.25 petang. Rushing amat gi naik kapal tadi.

Cerita pasal kapal. Sejak bertahun naik MAS, inilah tempat duduk paling selesa bagi aku. Lucky No. 14A memang buat aku rasa amat selesa. Kaki dapat dihulurkan dengan puas tanpa ganggu. 10 minit dalam kapal aku terus terlelap. Sedap siot tidur. Semalam dah berjaga sampai pukul 4.30 pagi. Layan kedai Mamak dengan sorang kawan di Putrajaya.

Ape yang pasti, bila kapal masuk ruang udara Kelantan, kapal naik goyang, gegar. Aku usha sayap dia macam nak tumbang je. Takut gak, tapi still dapat kontrol macho. Maklumla time ribut dan hujan lebat ni buat aku teringat cerita CAST AWAY lakonan Tom Hanks. ("The Wilson Cast Away " Mr. Wilson" Outdoor Volleyball"). Janganlah terjadi benda ngeri ni. Pepun, Alhamdulillah. Aku selamat sampai KB tepat jam 7:30 malam.

Shino Said : Penatnya aku..


Labels: , , , ,