Jerat Diri

Serabut. Sangat boring dengan apa jua yang dialami. Dari awal cerita sampai sekarang, masih juga mencuba untuk tegangkan benang yang dah basah. Pujuk diri sendiri untuk ikut laluan tu.

Nak telan mati anak, nak luah mati bapak. Buntu nya bila dah dah terjerat kaki camni. Di tarik terasa sakit. Dibiarkan akhirnya luka semakin dalam dan bernanah.

Alangkah baiknya kalau dapat undur masa. Sekarang apa yang jelas, walaupun dicuba untuk berjalan terus namun kaca di jalanan sudah tak termampu lagi untuk dipijak.

Perit sebenarnya bila memaksa diri ni. Akhirnya diri jua yang merana. Sudah lama difikir-fikirkan benda ni bermula pada awal cerita dulu. Bila cuba bersuara, tiada siapa mengendahkan. Malah, mereka terus memujuk hingga kini.

Maka lakonan babak-babak ini akan berterusan sehingga suatu masa ia akan meletup. Bolehkah ia bertahan? Atau buang semuanya jauh-jauh?

Shino Said : Bisu

Labels: , , , ,