Ke Pulau Mahsuri

Langkawi. Bila datang Pulau Lagenda ni biasanya beberapa benda yang aku fikir dapat dimiliki dengan harga tanpa cukai. Biarpun di The Zone Duty Free, Rantau Panjang dan juga The Zone, Stulang Laut pun ada juga dijual barang sebegitu, namun di Langkawi ini dirasakan sangat menarik berbanding dua tempat tersebut.

Biasanya, tiba di kawasan yang dinobatkan sebagai kawasan bebas cukai ni, barangan yang biasa menjadi tumpuan orang-orang semenanjung ialah coklat, rokok dan pinggan mangkuk. Selain barangan berkualiti buatan luar negara yang kebanyakkan dijual dengan separuh harga. Sangat menarik bagi kaki shopping dan juga orang-orang yang mempunyai fulus yang tebal dan tak kehabisan!

Sambil mengisi masa terluang di Langkawi, tidak banyak benda yang aku sempat buat disini. Mungkin, tiada kenalan di Pulau Lagenda Mahsuri ini. Jadi pergerakan juga agak terbatas disamping tempat tumpuan Pekan Kuah dirasakan sangat membuhsankan. Barangkali, Langkawi bukan destinasi impian aku.

Berbalik kepada cerita Langkawi, apa yang menarik adalah dari segi pantai yang cantik, tapi jika dibandingkan dengan pantai-pantai di Terengganu. Rasanya agak sama.

Bagi aku, Langkawi adalah sebuah tempat sejarah tamadun melayu yang tak luput dek zaman. Dan jika diamati dengan baik kisah-kisah sejarah dan dogengnya memang sangat menarik. Itu sahaja laporan aku di Langkawi.

Shino Said : Makan coklat duty free sangat nyummy!

Labels: , , ,