Kepuasan Mampu Milik

Biasakah dengan kes kehilangan barang peribadi di dalam kelas, pejabat dan sebagainya? Masa zaman sekolah selalu juga ada kes kecurian camni. Ada yang hilang duit, kasut dan barang mainan. Dan sangat melampau jika kes kecurian ini berlaku dikalangan orang dewasa (umur 28 - 50) yang mana suspek terlibat adalah rakan sekerja yang disangka memang tidak akan membuat kerja perbuatan keji sebegitu.

Aku terbaca satu artikel, yang mana ada wujud satu habit manusia yang suka mengambil barang orang lain (mencuri). Mereka ini bukan tidak mampu memiliki barang tersebut sendiri, malah barang yang diambil bukannya boleh membuat si pencuri kaya-raya.

Bagi mereka, jika beliau berjaya mencuri barang tersebut tanpa dikesan, ia merupakan "kepuasan" tersendiri yang sukar dirasai.

Shino Said : Watak manusia sangat unpredictable!

Labels: , , , ,