Semangat Sang Kijang

Bahang Piala Malaysia semakin memuncak. Bagi aku selaku penyokong skuad Kijang tidak melepaskan peluang memiliki baju pasukan Kelantan FA dengan harga semurah RM40. Lokasi di stadium Sultan Muhammad IV. Tanda semangat kesukanan dan sokongan kepada industri bola sepak tempatan.

Pada 7hb malam, akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan menentang Negeri Sembilan. Menang atau kalah Negeri Kelantan sudah diistiharkan cuti pada hari Ahad tanda sokongan padu rakyat Negeri Kelate terhadap sukan bola sepak.

Bak kata ore Kelate " Lamo menar dohh Kelate kito dok menang pialo malaysia!"

Shino Said : Go Go Kelate!

Labels: , , ,