Tangkap Basah

Malam semalam, aku sangat bengang dengan seorang jiran aku. Jantina ialah perempuan. Apa taknya. Semasa cuba lelapkan mata. Handphone berbunyi. Message masuk. Then nombor telepon tak dikenali keluar dari skrin N82 buruk.

"Salam, tadi kenapa?" : Sms beliau.
"Siapa ni? Kenapa apa ye?" : Tanya aku musykil. Ingat kawan-kawan tadi yang sms.

"Apa salah kami sampai panggil Guard tadi?" : Ringkas je sms beliau.

Aku dengan blur membaca dua tiga kali then baru aku tau ni sure sms dari sorang nurse yang tinggal sejiran dengan aku. Barangkali sudah kena sound dengan Guard. Maklumlah sebab asyik berdua-dua dengan kekasih pegarang jantung dalam kereta depan rumah beliau lewat malam semalam. Itu yang aku nampak lah selalu. Langsung aku takde niat nak sibuk-sibuk. Banyak lagi benda lain aku nak fikir. Takde maknenya aku nak report.

Dengan membabi buta dia sound aku dalam sms:

"Kalau tak puas hati bagitau lah. Jangan nak berselindung plak. Saya takdelah bodoh sangat pun sampai tak perasan benda tu..Tak payah berselindunglah. Tak marah pun. Saje je tanya" : Ayat beliau dalam sms. Ini macam dah tuduh aku. Hangin satu badan aku. Dahla tengah penat-penat ni.

Gampang giler minah ni. Dahlah kerek nak mampus. Macam ler aku ni suka ambik tau pasal korang. Lantak la korang nak beromen ke ape kan. Kalau kau nak buat "projek" pun, ade aku kesah?! Ni main tuduh-tuduh aku pe hal plak?!

Yang tuduh aku tanpa usul periksa yang buat aku sakit hati nih. Padahal aku taktau menahu pun. Maybe ada orang lain yang report sebab sakit mata tengok wayang diorang kot. Maklumla, inikan kawasan perumahan. Memang nampak sangat kalau buat kerja gitu. Geram betol. Tak pasal-pasal lak aku kena tuduh gitu. Siaplah kau nanti.. Ada gak nanti orang kena tangkap basah pasni.

Shino Said: Kau nak tanya or kau nak tuduh?

Labels: , , ,