Kereta Apa Itu?

Orang kita suka sangat memberi nama binatang@seumpama pada kenderaan khususnya kereta sehingga banyak nama kereta yang pelik-pelik keluar. Maklumlah, kalau nak kenalpasti suatu model dengan membaca serial pada bonet belakang kereta dan membaca brosur memang jarang sangat dibuat oleh orang kita yang memang dah tahu jenis yang tak suka membaca. Lain lah kalau kita ni ulat buku. Tapi bukan ulat bulu@ulat beluncas.

Oleh kerana banyak sangat model kereta yang keluar pada setiap tahun, maka teknik perumpaan ini dijadikan sebagai asas untuk mengenal model kereta tersebut. Sebagai contoh yang biasa didengar ialah :

Kereta Honda "Kabur"
Kereta Honda "Jerung"
Kereta Honda "Bawal"
Kereta Honda "Paus"
Kereta Galant "Kuda"
Kereta "Kura"
Kereta "Giling"
Kereta Charade "Mata Kucing"
Kereta Mercedes "Mata Belalang"
Kereta BMW "Mata Setan"
Kereta Civic "Mayat"
Kereta "Labi"
MPV Alphard "Mesin basuh"
Kereta Kancil - nama komersil perodua
Kereta Kelisa - nama komersil perodua


Mungkin banyak lagi yang belum disenaraikan. Anda sahaja yang tahu. Jadi benda ini sudah biasa dalam masyarakat kita.

Shino Said : Teringat kereta Wivo i..

Labels: , , ,