Menarik kah Aku? : Part.2

Ada satu kisah benar yang nak dikongsi:
Si suami berumur dalam lingkungan 40-an.  Berpenampilan kemas dari segi berpakaian dan ada gaya. Maka, kahwin lah dia dengan seorang guru sekolah. Mereka telahpun dikurniakan beberapa orang anak.


Dari segi pemakaian memang isteri memakai tudung labuh dan pakai berjubah. Tidak dinafikan memakai tudung labuh dan berjubah itu memang bagus. Apa yang berlaku setelah 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga dan suami dalam kehidupan seharian akhirnya berkenalan dengan seorang rakan perempuan pejabatnya, yang berumur 20-an. 

Dalam kes ini, lelaki tersebut sudah cuba mencorakkan isteri beliau untuk nampak menarik pada pandangan beliau. Tetapi bila sahaja benda tersebut diajukan, isteri sering berdolak-dalih dan akhirnya lelaki tersebut putus harap. 

Kalau yang jenis alim dan skema tu kurang sikit kesannya. Bolehlah dia sabar buat setahun dua lagi. But, if lelaki tersebut pada zaman mudanya ialah seorang Mat Romeo, maka apa lagi, mula lah dia mulakan langkah, maklumlah "landasan" dah ada. Tunggu nak "jalan" sahaja. 


Satu kes yang sempat dikongsikan:
Ada juga yang berlaku, suami sanggup berhabis wang ringgit semata-mata membeli pakaian untuk dipakai oleh isterinya. Lelaki ini sangat mahukan isteri beliau nampak lebih ghairah dan menarik pada pandangan beliau. Tetapi amat malang sekali if isteri still lagi tidak memahami kehendaknya itu.

Inilah yang berlaku. Ada pendapat mengatakan bahawa lelaki totally bukan milik perempuan tetapi perempuan totally milik lelaki. Rata-rata perempuan dalam dunia sangat benci dengan ayat ini. Kenapa? Kerana lelaki bila-bila masa boleh menambah pasangan hidup jika berkemampuan. Tambahan pula pada masa sekarang nisbah perempuan dengan lelaki adalah 1:16. Kemudian, ditambahkan lagi perempuan sekarang lebih suka lelaki yang lebih berumur dan matang.

Kalau boleh, nak elak juga terjadi begitu. Jadi dalam soal ni, benda-benda tersebut pasti akan dilalui di masa depan dan kalau tersilap langkah, buruk padahnya.

Satu pengakuan jujur oleh seorang hamba Allah:
Apabila berpakai tak menarik ni, lelaki pun malu nak bawa isteri  mereka keluar. Lebih-lebih lagi kalau ada acara yang dikunjungi oleh kawan-kawan beliau. Bukan apa? Sebab rasa sangat malu dengan perwatakan isteri mereka.

Shino said : Berkongsi isu..

Labels: , , ,