Menarik kah Aku?

Imej ni sangat penting. Walaupun kita fikir:

"Alah biarlah saya low profile je, biar apa orang nak cakap pun" 

Salah sebenarnya, imej memang penting. Kalau buleh nak la jugak ikut trend. Bukan hanya bersahaja.

Maknanya biarlah "up to date" sikit dalam pemakaian. Kadang-kadang perempuan mudah salah anggap. Bila dah kahwin dan ada anak mula tak jaga body. Mengelebeh sana-sini, keluar pergi kedai pun pakai kain batik, seluar lusuh dan baju T besar.

Tapi bagi orang lelaki, bila tengok isteri dia selekeh gitu rasa sangat kecewa lah. Maka, mula rasa nak mengatal sebab geram.

Bukan salah lelaki juga, sebab orang lelaki ni memang nak tengok orang perempuan milik dia berimej yang disukai oleh dia.

Bukan nak suruh pakai seksi, NO..!! tapi dressing tu biarlah menarik. Satu lagi orang lelaki ni akan bangga apabila dia berjalan dengan orang perempuan yang berpenampilan menarik. Dengan sendiri dia akan jadi sayang dan suka. 

Satu lagi, kalau orang lelaki membeli sesuatu pakaian atau perhiasan kepada perempuan, memang dia akan berharap mereka akan pakai. Pantang sekali kalau perempuan tu tak suka sebab kalau berlaku gitu, dia tak akan beli lagi benda tu. Sebab dia akan frust!

Sebenarnya, nak dressing menarik ni senang sahaja, yang pertama kena berani dan pilih imej mana yang sesuai dengan kita. Dalam kepala kena ada satu sumber inspirasi untuk jadi guide kita.

FAKTA 
Walaupun, wajah kita ini tak mempunyai rupa yang agak menarik, penampilan dan dressinglah yang akan menaik kan value keanggunan seseorang perempuan itu. Percaya lah! 

Shino said : hurmm..take note!

Labels: , , ,