Personaliti & Keterampilan

Pandangan:
Seorang perempuan yang pandai mengayakan pakaian mesti akan nampak menarik. Penampilan adalah imej. Ia melambangkan status, keperibadian dan gaya tersendiri.

Berpenampilan menarik tidak semestinya berbelanja dengan lebih untuk membeli pakaian tetapi sudah cukup dengan hanya memilih pakaian yang seiring dengan bujet kita.

Sebagai contoh, memakai blouse atau kemeja pasar malam pun boleh nampak menarik kalau dikenakan dengan seluar atau skirt labuh. Janji kena gaya dan cara padanan pakaian itu.

Pakaian baju kurung memang sangat ayu tetapi kebanyakkan perempuan berpendapat ia kurang selesa dipakai di waktu santai dan berjalan-jalan di shopping complex. Kebanyakkan baju kurung adalah lebih sesuai untuk majlis rasmi dan juga pakaian office. Atau menghadiri sesuatu taklimat, kursus yang agak formal. Peringkat umur mempengaruhi.

Me pulak suka tengok girl pakai Kurung Moden or Kebaya. Jadi, macam mana untuk berpenampilan menarik ini?

Idea :
a) Sila lihat pemakaian orang lain yang agak sebaya. Samada di shopping complex atau tempat keramaian. Biasanya student kolej sangat pandai mengayakan pakaian mereka. Nampak keechi dan sangat cute!

b) Rujuk majalah fesyen.
Juga boleh rujuk blog ini : KLIK

c) Penelitian dalam televisyen.

d) Ambil peluang berkunjung ke bandar besar untuk melihat gaya berpakaian mereka. Ia sangat berbeza dengan pedalaman. Mungkin pemakaian mereka lebih moden dan bergaya. Tapi jangan pula ter-OVER.

Tidak menarik :
a) Perempuan berbaju besar dan labuh. Berseluar berlipat 3 dikaki. Memakai selipar sehingga jari kaki beliau terjulur keluar. Tudung yang sangat selekeh dan tidak kena dengan pakaian.

b) Seluar jenis bootcut. (jean/slack)

c) Seluar slack kain licin kaler putih.

d) Baju blouse berbunga dan bermanik berkilat sangat banyak.

e) Berjubah berkilau seperti perempuan berumur bagi mereka yang masih dianggap berumur 20-an. (Sila jangan salah anggap. Banyak cara untuk menutup aurat bukan dengan memakai baju seperti langsir itu sahaja)

FAKTA:
Sangat susah untuk berbicara pasal pemakaian dengan perempuan sebab mereka ini sangat mudah terasa hati.

Shino Said : Ape pun lain, itu masing-masing punya suka.Hehehe

Labels: , , , ,