Request Topic : Lelaki Dari Sudut Hubungan : Part 1


Life lelaki kebanyakkan sibuk. Sibuk dengan kerja dan kawan-kawan. Jadi dalam soal mencari masa untuk bersama sepatutnya perlulah difikirkan oleh pihak perempuan. Samada nak ajak keluar makan ke? Nak keluar dating or jalan-jalan. Itu yang terbaik. 

Lagipun, lelaki sangat tidak suka mengatur sesuatu program bersama. Mereka sering kekurangan idea dalam bab ini. Selalunya program ini disusun oleh pihak perempuan. Dan yang pasti lelaki akan ikut sahaja tanpa banyak soal. Kalau soal pun, semua tu eksen jek!

Walaupun sikap lelaki yang dinampak seperti acuh tak acuh dalam memberi respon terhadap sesuatu benda tetapi pada hakikatnya beliau sangat perihatin dan masuk kepala. Dia suka teman wanita dia ambil tahu pasal dia. At least dia nak teman wanita dia menghargai beliau. Anggaplah dia ini wujud. Lebih-lebih lagi if mereka yang sudah diikat talian pertunangan.

Ikatan tali pertunangan ini ibarat melangkah setapak ke depan mencapai tahap kestabilan dalam hubungan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam kontek hubungan ini, pihak perempuan sepatutnya mula cuba untuk mengikuti segala kehendak bakal suami beliau kerana pada peringkat ini lah ia akan menguji tahap keserasian yang sebenar. Kalaulah pada peringkat pertunangan ini sudah timbul perkara yang kurang senang, maka pihak lelaki beranggapan kalaulah beliau berkahwin dengan pasangan seperti itu, apabila kahwin nanti, semestinya akan timbul masalah. Jadi lebih baik jangan diteruskan. Kerana lelaki sememangnya sebegitu sebelum atau selepas. Sebab itulah diri mereka.

Bagi perempuan yang merasa diri mereka terkongkong oleh kemahuan bakal suami mereka. Dengan ikhlas dan jujur mereka dinasihatkan supaya berpisah. Itu lagi baik kerana sudah pasti perempuan itu tidak bersedia menerima dan menuruti kemahuan bakal suami mereka. Dengan erti lain ialah perempuan itu belum bersedia bersama lelaki tersebut.

Percaya atau tidak lelaki memang suka dimanja. Sebab lelaki sebenarnya sudah tiada tempat untuk bermanja selain ibubapa mereka apabila telah besar panjang. Kalau dah kahwin, memang isteri sahaja tempat untuk mereka luahkan perasaan, masalah dan bercerita. Kalau bakal isteri yang dicadangkan sekarang still tak faham apa yang berlaku, maka tak guna dia teruskan hubungan sebab dia tahu benda ini akan ada masalah di kemudian hari.

Kenapa kadang-kadang lelaki nak elakkan diri dari berjumpa dengan teman wanita dia? Sebabnya, apabila lelaki ini cuba untuk meluahkan sesuatu masalah yang melanda,  teman wanita pula menambahkan lagi masalah dan buat dia berasa lebih kusut dan berserabut.  Jadi better dia keluar dengan kawan-kawan kerana ia lebih meringankan otak. Banyak faktor sebenarnya, antaranya sebagai contoh berpakaian kurang menarik yang gagal menarik perhatian pasangan. Tidak pandai mengambil hati pasangan semasa keluar bersama samada melalui sentuhan dan sebagainya. Tiada menciptakan sesuatu yang agak puitis dan romantik.

Kalau teman wanita itu sangat hebat, lelaki tu akan tinggalkan kawan-kawan  dan lebih mendahului teman wanita mereka dalam apa jua keadaan. Sehinggakan lelaki itu berasa:

"Lebih baik aku keluar dengan girlfriend aku dari lepak dengan diorang.. Lagi best!" 

Kalaulah perkara ini terjadi, ini boleh dikatakan perempuan itu sangat pandai ambil hati teman lelakinya. Pingat EMAS untuk perempuan itu. Percayalah!


Shino said: Sila percaya!





Labels: , , ,