SMS Itu Buta


Semua mahu SMS. Sebab senang dan ringkas serta cepat untuk sebarkan sesuatu atau ingin berkongsi sesuatu dengan orang tersayang dan sebaliknya. Tapi harus juga diingat bahawa melalui SMS ini juga kita boleh mencipta kesusahan dan malang tak berbau jikalau tersalah hantar kepada mereka yang tidak berkenaan. Buruk padahnya dan silalah berhati-hati semasa anda cuba SMS.

Pertama, lihat sender. Adakah betul itu adalah target sebenar orang yang ingin di SMS? Kedua, sila jangan gopoh dan cuai kerana peristiwa berikut mungkin mengundang masalah BESAR. Mari kita berkongsi serba sedikit masalah yang perlu berlaku.

AMARAN:
Contoh tersebut tiada kaitan dengan penulis oke. Sila faham.

Peristiwa Pertama:
Seorang lelaki ingin keluar date dengan seorang teman wanita yang baru dikenali melalui internet. Maka, apabila berjumpa. Lelaki tersebut terkejut kerana wanita yang ditemuinya sangat hodoh dan tidak seperti yang digambarkan. Oleh itu, beliau mula menghantar SMS kepada rakan lain menyatakan rasa hampa dan sangat boring. Tetapi beliau telah tersalah hantar SMS tersebut kepada wanita yang baru dikenalinya itu yang hanya duduk semeja.

Peristiwa Kedua:

Seorang lelaki sangat bengang dengan bos beliau dan mengutuk bos nya didalam SMS yang akan dihantar kepada rakan pejabat lain dengan tujuan ingin berkongsi masalah bersama. Namun, SMS tersebut dihantar kepada bos beliau yang diperkatakan itu.

Peristiwa Ketiga:

Seorang lelaki yang telah berumahtangga dan pada suatu hari yang hening dan membosankan, beliau cuba menghilangkan boring dengan menghantar SMS kepada seorang gadis yang baru dikenali. Dengan ucapan sayang dan rindu. Maka SMS tersebut telah dihantar secara  tidak sengaja kepada isteri beliau.


Shino said : Sila fokus!

Labels: , , , ,