Pagar Dari Segala Ancaman

Pada zaman dahulu, kebanyakkan rumah@pondok kediaman sememangnya tiada pagar yang melindungi kawasan rumah mereka. Tetapi apa menjadi kehairanan ialah tiada berlaku pencerobohan dan kecurian yang berlaku serta ancaman kepada harta benda berharga di dalam rumah.

Mari kita selidik dengan lebih dalam apakah iktiar mereka pada zaman dahulu untuk melindungi harta benda mereka. Seseorang telah berkongsi cerita dengan saya dan didapati ada di antara masyarakat kita masih mengamalkan khidmat "memagar" kawasan rumah mereka dengan cara mistik ini.

Apa yang boleh dikongsikan di sini ialah seperti kisah berikut :

Kisah 1 :
Pada masa dahulu ada juga orang yang mengamalkan ilmu yang salah dan menggunakan khidmat Hantu Raya untuk menjaga kebun tanaman mereka. Makhluk tersebut dikatakan berupa seekor beruk yang besar dan badan diseluputi dengan bulu dan bertaring. Hantu raya disifatkan mempunyai susuk tubuh setinggi seperti tiang elektrik dan boleh menyerupai siapa sahaja, termasuk tuan punya kebun tersebut.

Yang pasti, pembela makhluk ini akan menemui azab ketika ingin menemui ajal. Biasanya orang yang membela makhluk ini susah untuk meninggal dunia sehinggakan makhluk tersebut dibuang daripada badan pembela. Pada masa itu, barulah mayat sebenar pemilik dapat dilihat dengan jelas. Ada kes yang sempat dikongsikan ialah mayat pembela yang baru meninggal dunia dilihat seakan sudah sebulan meninggal dunia. Amat dasyat sehingga tidak dapat diceritakan dengan mata kasar.

Kisah 2 :
Ada juga mereka menggunakan khidmat Ustad yang menggunakan ayat suci Al-Quran sebagai asas kepada usaha "memagar" kediaman mereka. Ayat-ayat tersebut dibaca ke dalam sebuah baldi besar yang diisi penuh dengan air. Setelah seharian memulakan proses tersebut. Air tersebut disiram dikeliling pagar rumah penghuni. Tiada garisan siraman yang putus semasa proses tersebut dijalankan.

Hasilnya, mereka yang berniat jahat yang memasuki kawasan rumah tersebut tidak berupaya melepaskan diri. Apabila mereka cuba melepaskan diri bersama barang yang curi, si pencuri tidak dapat menemui jalan keluar sehinggakan mereka menemui sebatang anak sungai yang entah dari mana wujudnya. Kemudian, akan cuba berenang dan akhirnya kelemasan di situ juga.

Apabila si penghuni bangun dari tidur, dia akan mendapati mereka yang berniat jahat itu masih berenang-renang di atas tanah (seperti seekor penyu) kepenatan dan tidak sedarkan diri.

Dimaklumkan juga, untuk memulihkan keadaan mereka yang berniat jahat, si penghuni perlu menepuk badan si pencuri tersebut dan menghidangkan nasi yang baru dimasak. Selepas si pencuri dijamu dengan nasi, barulah si pencuri tersebut akan sedarkan diri. Ini ialah kisah benar yang berlaku!

Selain itu juga, ada juga cara pemagaran menggunakan botol yang diisi dengan air @ pasir dan ditanam di bucu kawasan rumah.

Apa yang pasti, segala yang berlaku adalah kehendak Allah s.w.t. Namun, pada masa serba moden ini, cara pemagaran ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat kita sejak turun temurun.

Shino said : Pagar remote dan CCTV tak berhasil kah?

Labels: , , , ,