Pelaris

Perkara spiritual memang susah kita nak tahu dari segi kesahihannya. Tetapi, iktiar adalah perkara yang boleh kita cuba. Mana tahu, dengan izin Allah s.w.t perkara tersebut benar-benar berlaku. Kalau nak ulas pasal percaya atau tak percaya itu terpulanglah pada individu. Tapi jangan pula sampai kita tergelincir atau melakukan perkara syirik yang dilarang. Yang pasti, kita harus percaya bahawa wujudnya makhluk halus dalam dunia yang nyata ini.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang terjadi yang mungkin memberi sedikit maklumat berkenaan "pelaris".



Kisah 1 :
Seorang pernah menerangkan bahawa perlu menyimpan wang kertas yang bersiri nombor ganjil di semua angka dan menyimpannya ke dalam dompet. Ini juga dikatakan sebagai pelaris untuk rezeki.

Kisah 2 :
Seorang nenek yang menjual goreng pisang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM5 dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya.

Kisah 3 :
Ada juga yang mengamalkan solat hajat beramai-ramai pada premis yang baru dibuka dan menggunakan Air Zam-zam sebagai pelaris kedai mereka. Air tersebut di siram di sekeliling premis perniagaan dengan harapan supaya perniagaannya maju.

Kisah 4 :
Ada seorang lelaki telah mengambil pelaris bagi tujuan memajukan perniagaan. Dia menggunakan khidmat Tok Sami yang mana menggunakan abu mayat manusia sebagai pelaris perniagaannya.

Hasilnya perniagaan bertambah maju dari hari ke hari. Tapi, ada juga pantang larangnya. Menurut Tok Sami, beliau dilarang pergi ke tempat orang meninggal.

Pada suatu hari yang tak disangka, berlaku kemalangan di depan kedai beliau dan mangsa kemalangan cedera parah dan mati ditempat kejadian. Beliau tanpa menyedari telah berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan. Maka, selepas peristiwa kedai beliau kurang dikunjungi dan akhirnya beliau terpaksa menutup perniagaannya.
 
 Kisah 5 :
Ada juga yang percaya bahawa batu "Mani Gajah" dan batu "Kecubung" yang dibuat cincin mempunyai khasiat yang boleh mencerahkan wajah  muka pemakai. Selain itu, "buluh perindu" juga bersifat ke arah pelaris kepada pemakai.
 
Bila bercerita dengan seorang dukun yang berumur lebih setengah abad, kisah buluh perindu ini memang wujud. Dan di suatu bukit (Hanya diketahui oleh mereka yang mengamalkan suatu ilmu) memang ada pokok buluh perindu. 
 
Nak bagitau bahawa hebatnya suara buluh perindu ini, ada satu cerita yang mana banyak binatang hutan yang melalui kawasan pokok buluh perindu akan menunggu dan mendengar suara buluh perindu sehingga binatang itu mati akibat tidak mahu makan kerana asyik mendengar suara buluh perindu.
 
Diceritakan juga buluh perindu digunakan oleh Tan Sri P.Ramlee yang mana suara beliau kekal lunak sehingga sekarang. Maknanya hebat sebenarnya khasiat buluh perindu ini.

Oklah setakat ini sahaja penerangan berkenaan pelaris, yang lain-lain terpulanglah pada anda untuk menilai.

Shino said : Pelaris wajah? Macam menarik je! hehe


Labels: , , ,