Putus Hak

Semasa kecil sehingga kita dewasa ibubapa banyak memainkan peranan dalam mendidik kita dan secara tak langsung juga kita belajar daripada pengalaman semasa menjalani kehidupan seharian. Inilah sebenarnya proses pembelajaran yang berlaku secara tak langsung. Apa yang pasti pada peringkat ini tiada apa yang perlu difikirkan sangat kerana kebanyakkan hal diuruskan oleh ibubapa.


Bila sudah ada family sendiri, maka tanggungjawab tu adalah lebih besar dan belajar untuk menyelesaikan urusan peribadi dengan sendiri tanpa bantuan pihak lain adalah satu latih tubi yang memberikan kemahiran ke arah itu. Sifat akur dan cuba mengambil tanggungjawab akan menjadikan kita lebih matang dalam menguruskan hal seharian. Perkara yang mesti kita alami untuk mencapai tahap ini ialah kita haruslah tahan dengan segala dugaan. Ini mengasah sifat sabar dan menjadikan keputusan yang kita lakukan amat tepat. 

Bila sudah meningkat umur 25 tahun ke atas, rasanya tidak wajar untuk kita terus bergantung 100% kepada ibubapa kita lagi. Kita kena belajar berdikari, malah apabila telah memperolehi pekerjaan sendiri maka pada masa inilah kita akan membalas jasa ibubapa kita dan bukan terus menerus bergantung harap kepada ibubapa sampai ke tua. Kalaulah berlaku hal sebegitu, bolehlah anda dianggap sebagai seorang yang tidak pandai berdikari. 

Bak kata orang, "kalaulah ditinggalkan di hutan seorang diri, maka sudah lama anda menjadi habuan binatang buas yang menghuni hutan tersebut!" 

Sebenarnya, pada peringkat ini, kita sudah boleh membuat keputusan sendiri dan bukan mengambil keputusan orang lain sebagai keputusan sendiri. Cuma pandangan orang sekeliling boleh juga diambil sebagai maklumat untuk kita membuat keputusan yang tepat.


Dalam mengharungi kehidupan selepas putus kuasa hak jagaan antara ibubapa kepada suami sendiri, banyak perkara yang harus kita telan dan terima serta bekerja untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika dilihat daripada kes penceraian yang berlaku, kebanyakkan adalah disebabkan mereka tidak tahan dengan dugaan seperti yang disenaraikan dibawah. Macam mana keadaannya dan dapat atau tidak kita sabar jika perkara tersebut berlaku kepada kita?

a) Apabila berkunjung ke rumah mertua, semua adik beradik lain memakai pakaian baru yang mahal-mahal tapi kita sekeluarga hanya memakai baju Raya tahun lepas. Ini adalah kerana belum berkemampuan untuk membeli pakaian baru.

b) Apabila ada perjumpaan sanak-saudara di suatu keramaian yang dianjurkan oleh anggota keluarga. Kesemua saudara-mara datang dengan menaiki kenderaan mewah (BMW atau Mercedes atau seangkatan dengannya) tetapi kita sekeluarga hanya datang dengan kereta kancil yang penyaman udaranya telah pun rosak.

c) Dalam suatu situasi, dua keluarga sanak saudara menyinggah di kediaman kita dan seorang anak mereka yang berumur 7 tahun mula merengek kerana merasa sangat tidak selesa dengan keadaan kediaman anda ; 


"Abahhh boringglah rumah ni.. tandas dia pun kat luar..pastu takde paip hujan.. tab mandi pun takde!..Taknaklah datang sini lagii" 

Walaupun pada dasarnya mereka semua tidak pernah memencilkan anda, tetapi cuba anda bayangkan apa yang anda akan rasa jika berada pada situasi ini.



Shino said : Kalau cakap terima seadanya senang saja.. tapi...


Labels: , , , ,