Rumahtangga & Keluarga EP : 01

Hubungan seorang lelaki dan perempuan lazim dihinggapi rasa jemu yang mencabar komitmen kita kepada hubungan itu. Perasaan jemu itu mungkin muncul di tahun ketiga perhubungan, mungkin juga di tahun keempat, malah kelima pun biasa. 

Jika perasaan ini muncul di dalam sebuah perhubungan yang telah diikat atas nama sebuah perkahwinan, maka suami dan isteri akan belajar melayarkan bahtera rumahtangganya buat seketika, dengan kesedaran terhadap tanggungjawab tatkala perasaan cinta itu pudar seketika. Ia adalah kesan biasa daripada sebuah perhubungan dan selepas ujian ini berjaya dilepasi oleh seorang suami dan isteri, maka Insya Allah cinta yang mekar kembali itu akan menjadi cinta yang kekal kukuh hingga ke akhir usia. 

Tetapi jika proses itu berlaku lantaran cinta panjang lebar dari zaman cinta monyet hingga monyet menjadi gorila, maka tidak mustahil untuk kekasih anda akan tiba-tiba memberikan signal untuk menamatkan hubungan yang terbina selama ini! Banyak alasan yang boleh diguna pakai. 

“Saya mahu mendekatkan diri kepada Allah”
“Saya mahu tumpukan perhatian kepada pelajaran yang begitu membebankan sekarang ini”
“Saya rasa kita sudah tidak ada keserasian lagi”
 


Hakikatnya semua itu adalah alasan yang dibuat sedangkan sebab sebenarnya ialah “saya sudah jemu dengan awak!”. Itu sahaja! 

Maka jika ibu bapa sudah memberi amaran bahawa perkahwinan adalah persoalan yang tiada ruang perbincangan hingga tergenggam ijazah di dalam tangan, maka hindarkanlah dari perbuatan menyeksa diri dengan mencari cinta di alam matrikulasi, atau tahun pra klinikal bagi pelajar perubatan kerana anda mencari risiko yang amat membebankan.

Shino said :  Bersambung...

Labels: , ,