Bentuk "Itu" Masalah?

Tertarik dengan artikel ini - Perempuan Berpunggung Lebar. Hot topik ni tapi aku akan ulas secara profesional. Semuanya adalah pengetahuan dan tak perlu malu untuk dibicarakan dalam blog ini. Hope readers takkan berfikir penulis ini sangat miang dan lain-lain. Sila faham. 

Apa yang mengatakan bahawa ia akan terjadi apabila perempuan itu melahirkan anak dan antara sebab lain ialah mereka ini adalah dikalangan yang aktif dalam acara sukan.Sebab bersukan boleh kenyalkan otot peha dan punggung. At least, senaman naik turun tangga dapat memejalkan otot dan membentuk badan yang cantik. Betul tak ? 

Kebanyakkan peragawati atau model berbadan kurus dan jarang sekali mereka ini bertubuh gempal kerana wanita yang bertubuh agak berisi sangat seksi dan lebih mengairahkan. Hampir 99% lelaki bersetuju. 

Selain itu juga, ia terjadi kepada perempuan yang sering duduk, dan tidak juga menolak kemungkinan kesan ginetik juga menpengaruhi perkara tersebut. 

Ada juga pendapat bagi sesetengah orang bahawa berpunggung lebar adalah aset kepada mereka. Ada pendapat daripada bangsa cina menyatakan bahawa  wanita berpunggung lebar melambangkan kesuburan dan mempengaruhi ekonomi sesebuah keluarga. 

Maksud melambangkan ekonomi sesebuah keluarga ialah :
Wanita yang subur dapat melahirkan ramai anak dan sebagai suami, beliau akan bekerja keras untuk mencapai keteguhan ekonomi sesebuah keluarga untuk menampung perbelanjaan isi rumah yang kian meningkat. 

Kebiasaannya, ramai di kalangan perempuan amat malu jika berkeadaan begitu kerana mereka ini sering diperhati disebabkan tiada pakaian yang sesuai untuk menutup bahagian tersebut. Mereka akan berasa rimas dan kurang selesa. 

Imej : Dari segi pemakaian, ada beberapa cara yang boleh melindungi bahagian tersebut. Antaranya ialah pemilihan pakaian bentuk "Pear Shape" - (Pakaian besar dibawah) dapat membantu mengurangkan bentuk tersebut.

Selain itu juga, mereka dinasihatkan mencari pakaian mengikut pinggul dahulu sebelum memilih pakaian mengikut pinggang kerana pada bahagian sudah pasti boleh dibetulkan kemudian. Pemakaian jacket dibawah paras punggung juga dapat membantu.

Peranan corak pada pakaian juga perlu dititikberatkan dengan memilih corak pakaian yang terang dibahagian atas dan gelap dibahagian bawah. Corak secara memanjang ke bawah akan menampakkan anda lebih slim. Disamping itu, penambahan aksesori seperti rantai leher yang panjang boleh membantu, tetapi jangan sangat over.

Banyak pendapat menyatakan bahawa pemakaian baju kurung sangat berkesan untuk mengurangkan kesan tersebut. Pemilihan kain baju kurung yang lebih tebal dan tidak terlampau nipis serta jenis corak yang mengikut skala badan boleh diamalkan. 

Apa yang perlu dalam pemakaian ialah keyakinan diri sendiri, keselesaan dan jangan mengongkong diri semasa berpakaian. Kita perlu yakin bahawa kita sangat menarik berpenampilan begitu. Maka, akan timbul rasa konfident dalam mengayakan sesuatu pakaian. Bak kata orang

"Anda merasa anda cantik dan anda pasti akan menterjemahkan rasa tersebut" 

Shino said : Hargai kelebihan anda. Dapatkan Majalah Imej dipasaran, sedikit sebanyak dapat membantu.

Labels: , , ,