Kewajipan Membayar H.U.T.A.N.G


Selepas 3 bulan daripada janji dimetrai tentang penyalahgunaan wang kongsi perniagaan bernilai RM50,000.00, Si Ayah kepada sang penipu telah berjanji akan membayar segala hutang anak emas beliau dengan bayaran sebanyak RM1,000 sebulan melalui transfer akaun bermula Disember 2009.

Tetapi, masuk sahaja bulan Mac 2010, ia mula jadi longgar. Wang hutang tidak lagi terbayar walaupun kerap kali diingatkan tentang bayaran tersebut. Ape pun, hutang mesti dibayar sebelum nyawa kau ditarik Tuhan. Yang pasti satu sen pun wang tersebut tidak akan dihalalkan sampai bila-bila. Tidak takutkah pada seksa kubur kelak? Atau sudah hilang pertimbangan agama?

Betullah cakap orang, selepas 3 bulan sudah pasti akan timbul masalah tentang bayaran hutang. Lebih-lebih lagi bagi perjanjian mulut yang tiada hitam putih. Ramai yang leka tentang hubungan saudara-mara juga tidak dapat memberi jaminan apa-apa dalam kes melibatkan wang. 

Sebenarnya, terdapat garis panduan menguruskan hutang telah dinyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 282 secara terperinci. Apabila sesuatu hutang hendak dilaksanakan maka pemberi dan penerima hutang hendaklah mengadakan:

1. Penulis ( peguam )
2. Catatan ( kontrak ) .
3. Saksi

Namun, bagi kes ini, ia lebih kepada penipuan dan mengelapkan wang kongsi perniagaan serta pecah amanah. Bukan kes beliau meminjam wang. Ape pun, inilah pengajaran yang kena terima kerana terlalu percayakan saudara mara dalam kes melibatkan wang yang besar.

Bagi kes kaki penipu ini, si Ayah yang berjanji akan melangsaikan hutang anak emas beliau. Katanya, nak menjaga hati anak kesayangan kononnya takut tidak mahu belajar dan akan membuat perkara yang tidak elok. Maka, tanggungjawab ini telah terletak pada beliau sebagai Pak Sanggup. Betul kah cara mendidik seperti ini? Itu aku taknak komen. Lantak kau lah apa nak jadi.

Tetapi harus juga kau ingat : 
"Membayar hutang adalah tanggungjawab orang yang berhutang. Kewajipan membayar hutang tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadah-ibadah  yang besar pahalanya."

(- petikan bukuJudul : Bahaya Dan Bencana Hutang, Sakinah binti Ramli)

Shino said : Laknat kaki penipu!

Labels: , , ,