Sila Pantau ...

Ini cerita seorang staff. Aku sangat berang dengan beliau. Sejak dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang, surat sekeping yang tadi belum siap lagi diproses. Maka, dengan begangnya, aku memanggil beliau ke bilik;

(Mulanya beliau yang tak faham nak draft surat tu macam mana. Then aku pun semak dan susun semula ayat surat tersebut dan akhirnya surat itu siap dan hanya menunggu untuk ditaip sahaja!) 

"Mana surat yang draft tadi?.."

"Siap doh bos.."
- sengih dengan konfidennya beliau.

"Hah..! Bawak sini..! 


"Jap .. nak gi ambik.." - Kemudian, beliau datang menghulur kertas comot tulisan pen hitam yang tadi..

"Eh.. tak siap lagi ke??"

"Sebenarnya saya rasa tak sedap ayat ni.. 'pertimbangan or pandangan'...? Jadi saya duk mikir ni. Peninglah nak atur ayat macam mana."

 (bengang!!)

"Eh.. bakpo awak sibuk duk ejass hok ore draft dah tu..? Penim gapo gak? Taip la hok saya draft tu...  Sibuk pulak duk ngomen sedak dok sedak ayat!!!.. Tadi semak dah kan!! Gi taip teruss..cepaatttt!"

Akhirnya kerja tersebut terpaksa disiapkan pada esoknya.. huhu~ 

Inilah perangai staff aku. Beliau ni staff yang paling lemah sekali. Susah nak jaga beliau. Untuk beliau yang selalu hilang dan taktau apa-apa kerja ibarat budak baru masuk kerja memang susah nak bekerja dengan beliau. Maka, terpaksa aku wujudkan table task sendiri special untuk rekod aku yang menunjukkan task yang aku bagi pada beliau setiap hari.

Seorang pernah berkata, menjaga staff bawahan ini ibarat macam menjaga anak. Kalau tak paham bagi tunjuk ajar dan sebagainya. Tapi yang ini lagi payah dari jaga kambing sekandang. Setiap 3 jam sekali aku akan panggil. Pemantauan macam ni ibarat budak PCO yang kena hukuman buang daerah. Setiap awal pagi, tengahari dan petang dia mesti kena tunjuk muka kat Ketua Balai Polis. Terpaksa buat gitu.

Aku pun pening juga dengan beliau ini. Dah tahap puas marah, nasihat dan ajar tapi sebijik pun tak masuk otak. Memang takleh nak buat apa dah dia ni. Kalau bagi kerja pun macam menyusahkan diri sendiri balik. Sila cepat pencen. 

Shino said : Susah dan menyusahkan!

Labels: , , ,