Operasi Laut China Selatan

 

Tarikh 30 April 2010 (Jumaat) jam 3.30 petang. Maka bermulalah operasi di lautan China Selatan yang ganas untuk memburu kelibat sotong. Pada masa ini, kumpulan sotong telah mula berarak menuju ke lubuk untuk bertelur dan sudah menjadi kelaziman, aktiviti ini pasti mengundang keseronokkan kepada pengemar acara sport fishing.

Perjalanan bermula di Jeti Kompleks Kuala Besut, Terengganu. Seramai 8 orang pengail dan penyandat bertaraf amatur bersiap sedia untuk beraksi di medan  gelombang biru yang terletak kira-kira 7 batu nautika dari Pulau Perhentian. Salah satu pulau yang dinobatkan sebagai taman laut Malaysia.

Persiapan pasukan ini adalah secara besar-besaran iaitu membawa pelbagai jenis makanan, seperti air Rebull di sponsor oleh wife sendiri. Asam boi penahan mabuk serta beberapa jenis makanan ringan dan snack. Selain itu juga, bekalan makanan seperti beberapa bekas sarat dengan sandwich dan air mineral telah tersedia untuk menjadi santapan pasukan ini. Aku secara rasminya dilantik sebagai pengemudi dan selaku orang penting dalam menguruskan persiapan bot dan alatan memancing. Pasukan ini terdiri dari ahli keluarga sahaja. Empat perempuan dan empat lelaki. 



Pada jam 4.00 petang, perjalanan bermula dan bot berpendaftaran Johor meredah lautan gelombangan. Cuaca pada hari itu sangat baik. Setelah 30 minit belayar, 1 orang ahli pasukan telah menunjukkan riak-riak kemabukan. Maklumla majoriti yang bersama ekspedisi ini adalah mereka yang tak pernah langsung turun ke laut. Maka, nahaslah kepada mereka. Adik perempuan telah mula duduk dan tidak mahu bangun. Baki 3 lagi kaum hawa kaku menahan gelombang di dek bot kayu separuh abad.

Maka, pasukan ini telah sampai ke lokasi lubuk pada jam 6.00 petang. Aktiviti mencandat bermula jam 7.00 malam yang bertemankan cahaya neon bot nelayan dan cahaya matahari terbenam disamping gelombang arus air laut dirasakan sangat kuat.

Santapan pertama diberikan mata utama kepada pasukan perempuan dengan menaikkan sotong jarum sebesar lengan budak. Seronok amat! Hilang kejap rasa mual. Pemburuan sotong terhenti seketika jam 9.00 malam oleh kerana kepenatan tangan menghayun candat ke dasar laut. Wife lak cam pucat semacam. Tapi alhamdulillah dia terselamat dari penyakit mabuk laut. Mungkin pil travel sickness  yang dimakan setengah jam sebelum ekspedisi itu sedikit sebanyak membantu. Syabas kepada beliau yang baru melalui pengalaman ini seumur hidup beliau.  Even muka dah masam mencuka.


Masuk jam 10.00 malam 2 lagi ahli pasukan perempuan tumbang  oleh kemabukan. Iaitu mama dan adik perempuan bongsu. Maka, pembawakan mabuk itu melarat kepada semua ahli pasukan mencandat perempuan dan akhirnya tergolek-goleklah mereka kesengsaraan di dalam dek bot kayu. Sangat kasihan. Dalam hati mereka hanya merayu ingin pulang ke daratan. Nasiblah ye! Nak buat macam mana. Pengalaman tu. Bila lagi nak try kan? Hehe

Alhamdulillah, pasukan lelaki tetap gah dengan menaikkan hampir 20 ekor sotong yang sarat dengan telur di antara jam 11.00 malam hingga 1.00 pagi. Kemenangan bagi penyandat terbaik dimenangi oleh adalah adik Firdaus. Tangan mu sangat berbisa! Hebat sungguh! Baru pertama kali mencuba tetapi rezeki adik sangat murah. 15 ekor sotong berjaya dinaikkan oleh beliau.


Jam 1.00 pagi bot bertolak ke lokasi memancing berhampiran sebuah pulau. Lupa nama apa. Pengisian kali ini adalah aktiviti memancing. Adik Khairul mendapat tangkapan ikan paling besar dan telah memenangi acara ini. Hebat!

Akhirnya acara pemburuan ini selesai pada jam 3.50 pagi. Bot mula menarik sauh dan bertolak menuju ke Jeti. Perjalanan yang memakan masa hampir dua jam ini dihabiskan dengan berehat di atas bot setelah seharian bertungkus lumus memburu hasil tangkapan.

Tiba di Jeti jam 5.00 pagi. Badan sudah lenguh-lenguh dan kepenatan. Wajah masing-masing pun dah macam lanun. Haih, itulah keringat sebenar para nelayan. Mengharungi lautan luas untuk mencari rezeki bukanlah sangat senang.

Pengajaran buat Mama dan wife; Jangan sesekali tawar-menawar harga ikan sebab kesian mereka yang cari rezeki tu! Hehehe 

Shino said : Next trip maybe...

Labels: , , , ,