Cuti & Taman Tema


Bermula daripada 11 Jun 2010 sehingga 20 Jun 2010. Ramai yang ambil cuti untuk bersama keluarga, malah ada juga yang terlibat dengan aktiviti keluarga terutamanya majlis perkahwinan. Maklumlah, seperti tahun-tahun lepas, bermula musim cuti sekolah, para bakal pengantin memang sibuk book tarikh sesuai untuk kenduri mereka. Jadi, waktu inilah yang paling sesuai untuk mereka. Tahniah kepada mereka yang bakal menempuh alam perkahwinan. Semoga berbahagia ke anak cucu. Bagi mereka yang sedang mencari jodoh tu, sila kuatkan azam dan berusahalah. Jangan asyik layan lagu Cari Jodoh - Wali Band sahaja!

Berbalik kepada program semasa cuti, maka musim rehat-rehat Malaysia ini, aku gunakan untuk bercuti dan berhibur ke Taman Tema Genting Highland bersama keluarga. Aku percaya semua readers penah sampai ke sana. Dan semua readers tahu bahawa Taman Tema Genting Highland adalah satu tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi bagi mereka yang inginkan hiburan dan permainan yang mencabar. Kesempatan itu terus digunakan untuk mencuba beberapa permainan  penuh aksi. Maka, berikut disenaraikan antara permainan yang telah selesai dinilai mengikut bintang :

1. Flying Coaster ***** 5 bintang
2. Corkscrew ***** 5 bintang
3. Flying Dragon **** 4 bintang
4. Cyclone **** 4 bintang
5. Pirate ship ** 2 bintang

Sebenarnya, aku sangat teruja dengan satu jenis permainan yang dikenali dengan "Space Shot". Pada mulanya, aku memang berazam untuk mencuba permainan ini. Tetapi setelah mencuba beberapa permainan lain, aku rasa elok juga dibatalkan sahaja niat murni itu.  Siapa yang pernah try permainan ini sila kongsi! 

Ketinggian min pemain = 137cm
Permainan penuh aksi : Space Shot

Ketinggian min pemain = 107cm
Permainan penuh aksi : Spinner
 
Kesimpulannya, tiada apa lagi benda yang paling bahagia dalam hidup selain berkelah bersama keluarga dan insan tersayang. Kalau nak harapkan kerja seharian selesai, sampai pencen pun takkan selesai. Oleh itu, baiklah kita bercuti tenang-tenangkan minda supaya segar selalu. Hidup ceria dan bahagia sentiasa menjamin kesihatan badan dan fikiran.

Shino said : Segarkan minda!

Labels: , , ,