Saudagar Cicak


Sejak akhir-akhir ini sangat tertarik dengan suatu perkara. Apa lagi benda yang paling seronok daripada mencari duit? Hehe

Sebenarnya, di Sabah ramai orang yang berebut untuk tangkap binatang ini. Binatang ini bukanlah sejenis biawak tetapi memang spesis cicak dan orang Sabah memanggilnya "Toke". Sejenis cicak dan mempunyai bintik-bintik merah pada badan.

Harga binatang ini memang mengikut berat. Kalau tak silap, berat 300g, harganya boleh mencecah RM10k gitu atau bersamaan dengan 5 hingga 6 biji Iphone. Maka, tak hairanlah dalam masa terdekat ini cicak jenis ini akan mendapat perlindungan kerana jumlahnya mungkin sudah menghampiri  kepupusan. Barangkali kerana ramai orang yang cuba menangkap binatang ini.

Kebetulan hal ini dikongsi bersama seorang rakan. Dikatakan bahawa cicak ini adalah cicak jenis Tokay Gecko atau orang tempatan memanggil binatang ini cicak Tokek sebab selalu  mengeluarkan bunyi "tokek! tokek!" pada waktu malam. Biasanya boleh ditemui di rumah lama atau batang kayu lama. Harganya memang mahal dan dikatakan bahawa darahnya boleh digunakan untuk mengubati penyakit HIV dan tumor. 

Ini bermula dengan laporan dari akhbar  Kosmo online 8 may 2010.  Harga 1 kg boleh cecah RM1 Juta.  Maka, satu ekspedisi bersama beberapa rakan telah mengenalpasti pembeli yang sanggup membeli binatang ini dengan harga RM300k bagi setiap ekor seberat minimun 300gram.

Akhirnya, secara tak sengaja satu program telah diatur bagi memburu cicak ini. Pemburuan bermula dan kami telah bertemu dengan seorang pemburu binatang yang agak terkenal di sebuah jajahan (perlu dirahsiakan) terpencil di Kelantan. Setelah dihubungi, beliau sudahpun berjaya mendapatkan beberapa ekor cicak tersebut dengan anggaran berat 300gram sehingga 1kg. Namun, beliau sebenarnya ketiadaan pembeli. Kalaulah benar ia cicak yang kami cari, memang berbaloi sangat kalau bayar dia RM1k seekor pun. Sure dah balik modal punya. 

Pertemuan telah ditetapkan dan kami berlima bergerak ke tempat tersebut dipinggir hutan menaiki pacuan 4 roda. Masing-masing dah mula berangan. Kalaulah dapat seekor pun sudah memadai untuk dibahagi buat kami berlima. Kalau dapat yang berat 1 kg.  Huih! Tak pasal-pasal jadi jutawan cicak. 

Tiba di perkarangan pondok buruk, hasil pemburuan dipertunjukkan kepada kami. Duit cash dah siap ready RM10k untuk dibayar kepada orang tua itu jika benar ia adalah binatang yang dijanjikan. Tapi, bila diamati dengan jelas, cicak tersebut bukanlah dari spesis yang mahal tapi agaknya dari spesis biasa. So, misi kali ini tidak berjaya. Mungkin kami tiada rezeki untuk ini.

 Ini gambar cicak yang ditemui. Namun, ia tiada nilai. 
Lain sangat bentuknya dari yang dicari.

Kesimpulannya, binatang ini memang wujud. Tapi susah untuk ditemui. Sebab itulah nilainya mencecah RM 1 Juta sekilogram. Alahai, kalau dapat seekor pun dah memadai. Hehehe

Shino said : Pelik-pelik la dunia sekarang..

Labels: , , ,