Gemuk Kau!


Masalah gemuk memang sudah jadi masalah global. Kalau dulu orang duk cerita pasal tak cukup makan di negara luar seperti kes Somalia dan sebagainya. Tapi di Malaysia ni alhamdullah majoriti semua makan dan pakai cukup. Malah banyak pula kes terlebih makan sehingga membawa kepada penyakit. Jadi itulah topik untuk kali ini. 

Bila bercakap pasal gemuk, ramai orang yang berfikir macam mana nak kuruskan badan. Maka, telanlah mereka ubat-ubat pengurus badan. Bila makan pil kurus ni, banyaklah kesan sampingannya. Ibaratnya seperti telan racun sebutir sehari. Nak bunuh diri atau nak kuruskan badan? 

Ada juga orang bagitau, kalau nak kuruskan badan, kita berpuasa. Tahan diri dari makan walaupun duit banyak dalam saku, tetapi kenikmatan makanan sudah pasti tidak dapat dirasa dengan semewah-mewahnya. Terfikir pula, adakah Tuhan telah tarik rezeki itu? 

Bila berlapar ni sebenarnya bukanlah membuang lemak mahupun membakar lemak dalam badan, tetapi hanya mengempiskan molekul lemak dalam tubuh kerana tiada air dalam badan. Itu sebenarnya berlaku. Sebab itu, bila kurang makan, berat kita akan berkurang. Tapi bila kita tak berdiet, berat badan akan kembali kepada asal. Kalau tak percaya boleh try buat. 

Ada juga yang mengawal berat badan dengan mengawal makan mereka. Sebagai contoh, memakan makanan berat sebelum jam 6.00 petang. Tetapi, sejauh mana displin diri ini kuat untuk melawan nafsu makan tersebut? Tak lapar ke? Nanti ada pula yang cakap ;

 "Alaaa.. sekali sekala makan berat malam-malam takpe..
lagipun dah lama tak makan berat time begini.."

Sebenarnya, tiada jalan lain kalau nak kuruskan badan dengan cara sihat. Semua orang tahu, kalau bersukan boleh membakar lemak dalam badan. Jadi persoalannya, berapa kerapkah anda bersukan? Sepuluh (10) kali seminggu? Jarang sangat sebenarnya orang yang jenis boleh maintain begitu.

Ada yang bertanya ;

"Merokok boleh kuruskan badan tak? Sebab kalau merokok, 
nanti selera makan jadi kurang. Betul tak?"

Yang pasti, merokok paling best selepas selesai makan. Lebih-lebih lagi bila dihidangkan dengan makanan yang panas dan pedas. Fuh! Nikmat amat. Walaupun tiada kajian sains kepada mereka yang berhenti merokok tentang kenaikan berat badan. Secara lojik akal dan peristiwa yang pernah terjadi, apabila seseorang itu berhenti merokok, berat badan mereka akan bertambah kerana tabiat itu telah ditukarkan kepada tabiat makan.


Shino said : Tak sabar tengok kesan treadmill seorang kawan.

Labels: , , ,