Sejenak Seketika

Kenapa orang tua melarang pelajar untuk berkawan dengan orang yang sudah bekerja? Sebab dia taknak kita mengikut cara orang bekerja, walhal kita masih belajar. Orang yang dah bekerja tidak lagi berfikir untuk belajar, zaman mereka telah lepas. Selepas waktu bekerja mereka hanya mahu relax dan berhibur. Dengan ini, pelajar akan terikut-terikut cara orang bekerja dan tidak menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang bakal menjelma.

Kenapa orang tua melarang kita mengambil barang-barang orang lain, walaupun barang tersebut sudah tidak mahu digunakan? Sebab mereka tidak mahu mengajar kita "mudah tangan" mengambil barang orang. Kuatiri perilaku tersebut akan terbawa-bawa sehingga dewasa. Ini akan menggalakkan tabiat "tangan panjang".

Kenapa orang tua tidak menggalakkan anak mereka berniaga atau mencari pendapatan semasa sedang belajar? Ini kerana perkara melibatkan duit amat melalaikan dan dikuatiri akan mengabaikan pelajaran mereka. Sebenarnya usaha mencari sumber pendapatan adalah tanggungjawab orang tua.

Kenapa orang tua melarang pelajar keluar bersiar-siar pada waktu malam? Ini kerana aktiviti pada waktu malam majoritnya banyak menjuruskan perkara tidak baik daripada baik. Sebagai contoh, pusat hiburan tidak pernah dibuka pada waktu siang hari. Begitu juga, perbuatan mencuri lebih mudah dilakukan pada waktu malam kerana sukar untuk dilihat.

Shino said : mmm..??!

pic by flickr

Labels: , ,