Dua Perkara


Bukan saja makan berlapik tapi cakap pun kena berlapik. Supaya ia tidak menguris perasaan orang yang diperkatakan itu. Macam orang bando cakap;

"Cakap kau tu kenalah berlapik...Kalau tak nanti makan hati orang."

Alas dan lapik dua perkataan yang berbeza dari segi huruf tapi sama dari segi maksudnya. Adalah dimaklumkan bahawa banyak perkara yang baik jika dikaitkan dengan perkataan lapik dan alas. Sebagai contoh ialah ;

Alas perut - Alas perut dengan makanan bagi mengelakkan kecelakaan kepada perut itu. Maksud disini adalah kelaparan yang menganggu pekerjaan. 

Alas kasut - Kasut yang tidak mempunyai alas akan mengakibatkan kecederaan kepada kaki.

Begitu juga dengan alas lantai. Lantai yang beralaskan tikar sangat selesa dipijak. Kuranglah sikit rasa sengal sejuk tapak kaki bila dipijak. Jadi perkataan lapik dan alas bolehlah dikategorikan sebagai perkara baik. Setuju semua? Oklah itu sahaja buat kali ini. GO!

Shino said : kamus bahasa?
pic by flickr

Labels: , , ,