Expired Date?

Tajam juga tajuk itu. Maaflah kalau ada tersinggung. Tetapi itulah istilah gurauan biasa kaum lelaki terhadap kaum hawa. Macam produk pun ada. Tapi tak baiklah kalau beranggapan begitu. Perempuan-perempuan diluar sana sila jangan marah oke. He

Gambar hiasan : Meter parking yang tamat tempoh

Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat. Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan

Maksud perubahan perasaan disini menyokong penjelasan dalam artikel lepas http://www.encikshino.com/2010/07/sensitiviti.html

Biasanya purata umur wanita berlakunya menopause sekitar 51.2 tahun. Namun, ada fakta mengatakan bahawa terdapat wanita yang putus haid pada umur lingkungan 40 tahun. Tetapi kebanyakkannya berlaku pada umur 58 tahun.

Secara asasnya, masa untuk wanita mencapai menopause berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ianya tidak bergantung pada bangsa, kelas, mengandung atau tidak, menyusukan anak atau tidak, corak kesuburan, penggunaan pil perancang, ketinggian, umur semasa kedatangan haid pertama atau umur semasa mengandung kali terakhir. Fakta juga menyebut, wanita yang merokok menopause 2 tahun lebih awal berbanding wanita yang tidak merokok. Oleh itu, sila hentikan tabiat merokok bagi perempuan yang merokok. 

Selain itu juga, seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:

* Anak-anak meninggalkan rumah
* Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel
* Perceraian atau kematian suami
* Perubahan identiti dan imej badan
* Persaraan
* Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian
* Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan
* Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur
* Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian
* Mempunyai cucu yang perlu dijaga

Dimaklumkan juga, pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadangkala kesan yang hadir adalah agak serius. Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa kesan semasa dia putus haid. 

Shino said : putus haid dan wanita

pic by flickr

Labels: , , , ,