Gali Lubang, Tutup Lubang!

Buat masa ni terfikir juga pasal keadaan ekonomi sekarang. Bank pula banyak bagi tawaran untuk mereka membuat personal loan dengan intrest yang menarik. Malah tempoh pembiayaan juga amat panjang sehingga mencapai dua puluh tahun (20 tahun). Dah macam loan perumahan pulak. Dua bank yang pernah disemak ialah bank  CIMB menawarkan pinjaman selama 20 tahun dengan intrest 4.99% flat dan bank Kerjasama Rakyat juga menawarkan khidmat yang agak sama untuk kakitangan kerajaan.

Gambar hiasan : Kira duit poket dan pinjam

Maka, inilah peluang bagi mereka untuk mendapatkan khidmat pinjaman untuk kegunaan peribadi. Kalau kakitangan kerajaan, cara ini sahaja mereka mampu. Pinjam sana sini. Timbus sana, gali sini. Maka boleh la berjimat sedikit bayaran bulanannya.

Tetapi bagi mereka yang bercadang untuk membeli kenderaan baru, rasanya masa ini kurang sesuai. Sempat juga membuat survey kepada agen kereta baru tentang intrest yang ditawarkan oleh pihak bank. Ia mencecah rate 4% bagi kereta baru. Manakala kereta terpakai ialah sehingga 4.5% atau lebih. Bezanya tidaklah jauh sangat jika membeli kereta terpakai berbanding dengan kereta baru. Malah ada juga pro and contra nya. Kereta baru yang tinggi harganya mungkin jimat dari segi maintenance tetapi sila lihat dari segi bayaran bulanan yang mungkin membebankan.

Survey juga menunjukkan pembelian kereta terpakai pada masa sekarang amat laris berbanding kereta baru. Namun, sudah pasti kepuasan milik masing-masing. Siapa yang mampu, dia sure kata oke. Jadi tiada masalah lah kepada golongan yang banyak duit.

Oklah bedah, itu sahaja buat kali ini. GO!


Shino said : bila nak cari penganti WiVO tersayang yang tinggal kenangan!

pic by flickr

Labels: , , ,