Ikan Tongkol Menjadi "Masjid"

Ada satu cerita nak dikongsi :

Saudara A ini sangat minat memancing. Bila sebut pasal memancing, memang sudah jadi hobi sejak beliau belum kahwin lagi. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari beliau telah membawa pulang hasil pancing ke rumah untuk dimasak oleh isteri beliau. Itu sahajalah cara untuk membuatkan si isteri berasa girang oleh kerana tidak sia-sialah apa yang dibuat oleh suaminya kerana mendapat habuan yang sepatutnya. Tapi sebenarnya ikan tersebut hanya dibeli dipasar bagi mengaburi mata isteri beliau.

Proses pecah tembelang berlaku apabila si isteri mengajak seorang kawan lelaki yang juga seorang kaki pancing untuk bersama-sama menjamu selera hasil pancing si suami. Maka, penipuan itu terbongkar apabila ikan yang diistiharkan hasil pancing ditepi pantai itu adalah sejenis ikan Tongkol. Secara logik akal, ikan Tongkol sememangnya tidak akan berada di tepi pantai dan tidak mungkin dapat dipancing dengan hanya mencampakkan mata kail dari pantai. Spesis ini hanya akan berada pada laut dalam ataupun di tengah laut. 

Maka, nahaslah kepada saudara A. Jadi persoalannya, kemanakah saudara A pergi selama dua (2) tahun melakukan aktiviti tersebut? Jawapannya ialah beliau berjaya bernikah lagi satu.  Agak licik juga saudara A ini.

Oklah tamat sudah kisah buat kali ini. GO!

Shino said : macam-macam lah..

Labels: , , ,