Kontraktor Masjid

Tidak akan sempurna hidup seseorang itu jika tiada teman. Teman dimaksudkan disini ialah isteri bagi seorang lelaki dan suami bagi seorang perempuan. Jadi, dalam usaha mencari pasangan hidup, sudah pasti banyak perkara yang perlu diselidik dan dikaji, samada dari segi keserasian dan sebagainya.

Oleh yang demikian, ada juga yang menggunakan khidmat "Kontraktor Masjid" dan mereka ini mungkin juga terdiri daripada sanak saudara, ibubapa mahupun kawan-kawan. Tiada lesen untuk mereka, cuma kepercayaan dan bakat semulajadi sahaja menjadi asas. Posisi pekerjaan ini sememangnya merimaskan banyak pihak terutama kepada mereka yang belum bersedia. Malah khidmat kontraktor ini amat dialu-alukan oleh mereka yang ingin mencari pasangan hidup.

Jadi istilah "Kontraktor Masjid" ini sudah tidak asing lagi digunakan pada masa sekarang. Malah khidmat mereka amat diperlukan kepada mereka yang ingin membina "Masjid Impian" mereka.

Ok lah bedah. Itu sahaja entri kali ini. Go!

Shino said : kontraktor masjid bina masjid je ke?

pic by flickr

Labels: , , ,