Sensitiviti

Bila dah berumur manusia akan jadi lebih sensitif. Mudah terasa, sedih dan rasa kecewa bila sesuatu perkataan atau perbuatan dilemparkan kepada mereka. Ramai lah yang berpandangan bahawa apabila umur semakin lanjut, manusia akan berperangai kembali ke arah kebudak-budakan. Mudah merajuk dan sering kali perlukan pujukan mesra.

Apa yang pasti, hubungan dan perasaan mereka harus dijaga kerana umur, pengalaman serta jasa dan sumbangan mereka selama ini patut dihargai dengan sedalam-dalamnya. Oleh yang demikian, bagi menghormati dan menjaga hati mereka daripada tersinggung, maka pendekatan seperti melayan dengan baik samada dari segi percakapan mahupun perbuatan harus diutamakan. 

Tidak bermaksud mengiakan apa sahaja yang dicakapkan, malah tolaklah dengan cara baik dan lembut supaya tidak ada rasa tersinggung. Itu sahaja yang perlu kita lakukan demi mereka. 

Akhir sekali, selamat hari lahir kepada semua yang lahir pada 7/7/2010. Semoga panjang umur dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah. Oklah bedah, itu sahaja kali ini. GO!

Shino said : Tiada seorang pun yang akan muda selama-lamanya!

pic by flickr

Labels: , , ,